Saturday, March 29, 2014

Setelah setahun WAHM

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Pantas sungguh masa berlalu.  Sedar tak sedar sudah setahun berlalu saya melibatkan diri dengan bisnes online.  Rasa macam baru sahaja semalam saya mencari-cari peluang untuk menjana pendapatan secara online.   Matlamat untuk bisnes dari rumah semakin kuat apabila mendapat "lampu hijau " dari "CEO".  Semuanya disusun oleh Allah dengan mudah.

Pertemuan saya dengan sifu saya, Pn Masayu Ahmad di alam maya tahun lepas adalah ketika saya mencari cara menjana wang dari rumah.  Setelah membaca ebook beliau Janawang dari Rumah, saya dilorongkan oleh Allah untuk menjadi agen dropship produk buku dan produk sunnah kepada Puan Masayu.  Sememangnya petunjuk dari Allah itu memang cantik aturannya.  Ketika Puan Masayu menawarkan kelas blog dan ebook (hanya untuk 5 orang ketika itu), saya terus mendaftar dan menjadi pelajar kedua ketika itu.

Siapa sangka pula lepas itu saya ditawarkan oleh sifu untuk menjadi guru online.
Dulu, masa kecil pernah bercita-cita hendak menjadi cikgu.  Siapa sangka di usia yang lewat begini saya masih dapat mencapai cita-cita menjadi cikgu, cikgu kelas asas blog :)

Saya bersyukur di atas ilmu yang saya kutip sepanjang saya menjadi pelajar dan tenaga pengajar. Ada satu kepuasan apabila saya dapat membimbing setiap peserta sehingga berjaya membina kedai online mereka.  Bersyukur kerana saya dapat membantu suri rumah yang memang memerlukan bimbingan untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.

Hanya mereka yang mempunyai minat dan kesungguhan sahaja yang akan bertahan dan berjaya. Tanpa ilmu dan usaha, kita tidak akan  ke mana.


==============================================

Mengapa perlu ada BLOG?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini 
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Tuesday, March 25, 2014

Strategi menjenamakan bisnes dan diri

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Tidak pernah saya sangka saya akan menjadi guru dan mencurahkan ilmu.  Setiap hari ada pendaftaran peserta untuk kelas-kelas yang dianjurkan oleh Akademi bekerja di Rumah.

Dan buat julung kalinya, kami mengadakan bengkel secara offline, "Branding Yourself Strategies".  Ia akan disampaikan oleh Nisa Nua.



3 Lokasi telah dipilih untuk membantu suri rumah di luar sana:

-Melaka ( 5 April 2014)
(MMU, MELAKA)

-Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
(UTM , KL)

-Kelantan (26 April 2014)
(KOTA BAHRU)

Bengkel : Branding Yourself Strategies, Branding Your Business Strategies
(Pendedahan Langkah Demi Langkah Mudah Yang Boleh Dilakukan)
*langkah-langkah ini tidak akan di dedahkan oleh sesiapa pun yang sudah berjaya melaluinya kerana mungkin mereka terlupa untuk berkongsi

Dengan berbesar hatinya saya menjemput tuan/puan untuk hadir sesi coaching ini di mana hanya perlu peruntukkan masa sehari sahaja untuk dapatkan teknik-teknik mudah:
- penjenamaan diri dan perniagaan dan perkhidmatan
- merekabentuk perniagaan dan perkhidmatan
- strategi mempromosikan perniagaan dan perkhidmatan agar lebih dikenali ramai dan mendapat liputan media serta di cari oleh pihak tertentu untuk kerjasama, tajaan dan sebagainya

ibu tunggal yang ingin berpendapatan/berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- suri rumah yang ingin berpendapatan/ berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-lepasan universiti yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang mengganggur yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
-yang berhutang yang ingin berpendapatan /berniaga/sedang berniaga tapi suram/ tidak tahu berniaga
- yang berniaga tapi tidak ada pelanggan dan ingin majukan semula perniagaan dan mendapat pelanggan

Perniagaan dan perkhidmatan yang dimaksudkan tidak kiralah di bidang apa jua sekalipun:
- professional
-penulis
-peniaga
-penggiat seni
-perekabentuk
-pembekal
-perkhidmatan rundingan
-pegilang dan sebagainya

Semasa bengkel, setiap peserta perlu hadir dengan membawa satu idea bisnes sama ada bisnes yang sedang dijalankan atau business yang baru difikirkan sebagai latihan bersama. Semoga sekembalinya di rumah nanti, masing-masing sudah jelas dengan apa tindakan yang perlu dilakukan.

Insyaallah anda yang hadir ke bengkel ini akan mendapat KUNCI TEKNIK BRANDING di dalam genggaman anda. Hanya perlu pulang dan lakukan!

Jika berminat untuk sertai bengkel ini
Boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


Monday, March 24, 2014

Apa itu Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Ramai juga yang PM bertanya apa itu Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)
Kalian boleh baca di sini ulasan dari salah seorang peserta akademi. Moga dengan ini kalian mendapat penerangan yang lebih terperinci.



Sumber: http://haryatidulbahri.blogspot.com/2014/03/akademi-bekerja-di-rumah-abdr.html
Perasan tak logo ni di sebelah kanan side bar blog saya? Ya, inilah dia logo rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang direka khas oleh guru online saya iaitu Puan Nisa Nua @ Khairunnisa Hamzahara. Mesti ramaikan antara sahabat semua yang masih lagi tertanya-tanya apa ada pada ABDR ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya menulis entri berkenaan ABDR. Jika sebelum ini saya ada juga sebut-sebut nama ABDR ini dalam entri yang terdahulu. Hari ini merupakan hari yang ke 37 saya sebagai protege dalam ABDR ni. Masih berusaha keras untuk cukupkan 44 entri dan menyiapkan tugasan yang seterusnya. Dah macam akademi fantasia pulak. Tapi realitinya akademi ini bukan sebarang akademi. Apabila sudah berada di dalam akademi ini, satu persatu saya nampak manfaat dan kelebihannya. Lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri dan khususnya kepada sesiapa sahaja yang ingin bergelar WAHM (Working At Home Mom) yang berjaya. Inilah platform yang saya cari selama ini setelah bergelar surirumah sepenuh masa sejak Januari 2013.

Siapa Pengasas ABDR?
Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad.
Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air.
Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
Kelas online asas blog dan penulisan
Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
Kelas online iklan di mudah.my
Kelas online penulisan kreatif
Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
Ruang Iklan di Soho Directory
Bengkel offline: Branding Yourself & Business Strategies oleh Pn Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.

Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Bagaimana untuk menyertai ABDR?

1. Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi:
Pn. Masayu Ahmad (pengasas ABDR) – https://www.facebook.com/masayu.ahmad

2. Ataupun guru online yang bertugas:
Zaila Mohamad – https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Nisa Nua – https://www.facebook.com/nisanua

Anys Idayu – https://www.facebook.com/anies.aiz

Aishah Hussein – https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Iryani Ahmad – https://www.facebook.com/iryani.ahmad.54

Norazizah Sudin – https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Wani Mn – https://www.facebook.com/zahwanimn

Normi Yusof – https://www.facebook.com/mie.normi

Monalita Mansor – https://www.facebook.com/monalitamansor.1

Azura Abdullah - https://www.facebook.com/KuasaPengguna

Ashikin Hashim - https://www.facebook.com/ashikin.hashim.12?fref=ts

Netty Ah Hiyer - https://www.facebook.com/netty.hiyer

Mazlia Murat - https://www.facebook.com/mazlia.murat

3. Melalui protege dan rakan niaga ABDR (boleh lihat logo ABDR di blog mereka untuk memastikan mereka adalah ahli ABDR).

Kelebihan menyertai ABDR
*Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
*Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
*Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
*Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
*Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
*Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
*Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
*Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.

Kepada sahabat semua, sekiranya anda berminat dan sudah bersedia, jom sertai kami di ABDR dan berani melakukan perubahan dalam kehidupan anda. Moga perkongsian berkenaan ABDR ini dapat memberi panduan kepada sahabat semua yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Jadikan ABDR ini sebagai platform untuk kita berubah dan melangkah keluar dari kehidupan biasa kita.

Jika berminat untuk sertai kami di ABDR,

Boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Sunday, March 23, 2014

Ulasan Kelas Akaun - Anys Idayu Zakaria

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Ulasan dari Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.

Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama  dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.

BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri

4 perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
 Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.

Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business

Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html

*************************************************

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung.  Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.

Saturday, March 22, 2014

Cuti sekolah bermula

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Hari pertama cuti sekolah.  Cuti seminggu, kami tidak ke mana-mana.  Habiskan masa di rumah sahaja.  Berkemas dan masak-masak bersama anak-anak mungkin.

Sudah ada permintaan dari en suami untuk 1 resipi yang dia jumpa di internet.  Inshaallah akan dicuba, kalau elok hasilnya saya akan kongsikan di sini :)

Bagi rakan-rakan yang pergi bercuti atau pulang ke kampung, selamat bercuti dan berhati-hati walau di mana kalian berada.

Iklan untuk rakan seperjuangan Nisa Nua.

Apakah bezanya :
1. Strategi buat duit
2. Strategi Perniagaan

Buat duit tidak kekal lama, perniagaan insyaallah boleh diwarisi. Jika belum ada perniagaan, mulakan dengan:

1. Hobi dan minat
2. Kepakaran
3. Guna apa yang ada

Sertai bengkel "branding yourself and business strategies" untuk menguasai teknik asas perniagaan yang penting:

1. Penjenamaan Diri dan Perniagaan
2. Rekabentuk Masterplan Perniagaan
3. Strategi Memperkenalkan Diri dan Perniagaan

Teknik Bonus yang akan turut dipelajari:
1. Teknik Asas Blog
2. Teknik Asas Logo
3. Teknik Design Masterplan (bmc)
4. Teknik Promosi

Pulang dengan bekalan ilmu:

1.Ebook belajar asas blog
2.Ebook panduan kediaman pertamaku
3. Buku Jana RM dari rumah

Sekembalinya di rumah mendapat keistimewaan

1. Menjadi Ahli Akademi Bekerja Di Rumah berterusan
2. Beriklan di soho directory selama satu tahun percuma

Ini adalah manfaat yang diterima oleh kesemua 400 orang akademi bekerja di rumah sebelum ini. Namun, peserta bengkel bertuah kerana mendapat:

SESI LATIHAN SATU HARI

Dimana ia merangkumi pembelajaran kelas asas blog online yang pernah di jalankan selama berbulan lamanya selama ini kepada satu hari pembelajaran dan ditambah dengan teknik teknik khas branding dan startegi perniagaan.

Semoga usaha ini di manfaatkan oleh mereka yang memerlukannya.

Dari RM350 kini diturunkan kepada RM150 sahaja bagi memastikan ramai yang mampu mempelajarinya dengan kos yuran yang rendah. Harapan saya agar semua peserta manfaatkan ia sebaiknya.

Datang dengan gelas yang kosong, dengan nawa satu idea perniagaan untuk latihan didalam bengkel.

Pendaftaran masih dibuka sehingga 31 March 2014.

Keterangan lanjut di sini:
»www.bengkelbranding.com
»http://bengkelbranding.blogspot.com/

Untk pendaftaran boleh klik di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Atau hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Jika anda tidak pernah melabur duit untuk ilmu perniagaan, inilah peluangnya. Setiap pelaburan ada keuntungannya. Insyaallah.

Friday, March 21, 2014

Ulasan Kelas Akaun- Nurhidayah Bahari

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Seronok apabila peserta-peserta kelas akaun dapat belajar ilmu baru.  Saya harap semakin ramai wahm yang dapat kami bantu untuk urus akaun bisnes mereka agar tiada kebocoran.  Baca ulasan salah seorang peserta:

Ulasan Kelas akaun oleh  Nurhidayah Bahari

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Sumber: http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-akaun-online.html

***************************************************
Pendaftaran Kelas Asas Akaun untuk WAHM/SOHO :
24 mac 2014 - sudah penuh
31 mac 2014 - masih ada tempat osong
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Juga dibuka pendaftaran bulan April bagi tarikh berikut:
07.04.14
14.04.14
21.04.14
28.04.14
Isnin, 9.30pg-12.30tgh


Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung.  Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.

Untuk pendaftaran hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768


Thursday, March 20, 2014

Curah ilmu, cedok ilmu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Hujan lebat malam tadi.
Pagi ini ketika menyiram pokok, dapat lihat tanah di pasu macam basah aje.  Terlupa yang malam tadi hujan.

Inshaallah, pagi ini akan ke rumah peserta akademi baru, untuk mencurah ilmu secara offline.  Setiap hari belajar ilmu baru.  Walaupun pergi memberi ilmu, pasti akan ada ilmu baru yang kita sendiri akan belajar.  Moga dipermudahkan segala urusan hari ini.


Yang berminat untuk sertai Akademi Bekerja di Rumah adalah setiap hari, bergabung dengan kami lebih 400 blog. 13 guru online, 21 kelas.
Setiap hari alhamdulillah kami menerima pendaftaran baru. Pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Hubungi saya untuk mendaftar :
✉ Email : noraisah.hussein@gmail.com
✉ FB : https://www.facebook.com/aishah.hussein7
☎ Sms@Whatsapp : 013-3837768

Wednesday, March 19, 2014

Ilmu dicari, ilmu dikongsi

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Hari ini hari mencari ilmu akhirat.
Tambah ilmu dan kongsi ilmu.  Moga ia memberi manfaat kepada semua.

Ini antara yang sudah berjaya menambah ilmu di Akademi Bekerja di Rumah
  Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.
http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

************************************************
Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BlOG KEDAI ONLINE
✔ Menulis secara konsisten
✔ Buat borang tempahan
✔ Membuat jenis-jenis entri
✔ Membuat fanpage
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet



SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Hubungi saya untuk mendaftar :
✉ Email : noraisah.hussein@gmail.com
✉ FB : https://www.facebook.com/aishah.hussein7
☎ Sms@Whatsapp : 013-3837768

Tuesday, March 18, 2014

Masak cara bakar(baked) untuk jimat masa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Petang ni hujan lagi di bumi Shah Alam.  Terima kasih Allah.
Bila hujan, mata pun mula layu. Tetapi memikirkan banyak lagi tugasan yang menunggu, kuatkan semangat untuk tidak meletakkan kepala ke bantal.

Hari ni saya hendak berkongsi cara masak yang mudah untuk suri yang sibuk.  Suri yang duduk di rumah tetapi sibuk dengan tugasan.  Yang bekerja sudah tentulah sememangnya sibuk.  Tetapi suri di rumah juga tidak kurang sibuknya terutama yang bekerja dari rumah.

Walaupun duduk di rumah perlu sediakan menu untuk makan malam dengan mudah dan pantas.
Macam saya, ada hari yang saya perlu mengambil anak-anak di sekolah petang.  Jadi kadang-kadang kelam kabut mengejar solat asar dan memasak.  Perlu pula keluar rumah pada pukul 6 untuk ke sekolah si adik.

Bila tiba waktu macam tu, saya akan tukar cara masak saya kepada penggunaan oven atau pun slow cooker.  (Untuk slow cooker, saya pernah bagi tips di sini.)

Contohnya, saya akan masak kari menggunakan oven tetapi oven tersebut perlulah jenis yang ada timer dan akan off sendiri.  Apa yang saya buat ialah:


Baked Chicken Curry (Kari Ayam Bakar)
Bahan-bahan sama seperti masak kari menggunakan periuk (Resipi Kari Ayam).

Caranya:
Masukkan ayam, rempah kari yang telah dibancuh dengan air, daun kari, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Masukkan juga rempah seperti buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
Tuangkan santan jika suka.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180.  Bakar selama 45 minit atau mengikut kuantiti masakan yang disediakan. Kuantiti yang saya masak selalunya 12 ketul ayam.

Selepas saya masukkan ke dalam oven, saya akan gerak ke sekolah anak dan ia mengambil masa dalam 1 jam lebih untuk saya pergi dan balik.  Inshaallah sampai di rumah, Kari Ayam pun dah masak.  Rupanya masih sama seperti dimasak di dalam periuk cuma mungkin lebih sihat kerana kita tidak menggunakan minyak untuk menumis.

Kalau berani, boleh cuba cara ini.  Cara yang mudah dan cepat untuk ibu-ibu yang ala-ala sibuk seperti saya.

---------------------------------------------------------------------------------------



- Professional yang kesepian pelanggan untuk berkhidmat
- Penjual Produk yang tidak mahu lagi kerugian dengan stok produk di stor yang berlambak
- Pemilik Restoren yang sering menongkat dagu menunggu pelanggan masuk ke kedai makan
- Penulis yang menulis syok sendiri dan tidak dikenali ramai malah mengalami kerugian terhadap hasil cetakan yang tidak ada pembeli
- Penceramah yang kurang mendapat undangan
- Pakar Motivasi yang tidak mendapat jemputan dan tidak dikenali ramai
- Pemilik idea dan kepakaran yang hanya memendam idea dan kepakaran

Pilih antara lokasi ini:
MMU , Melaka (5 April 2014)
UTM KL, Kuala Lumpur (6 April 2014)
Kota Bahru, Kelantan (26 April 2014)

Hubungi saya untuk tempah tempat duduk anda sekarang.
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Monday, March 17, 2014

Bisnes melalui blog

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.  Guruh berdentum-dentum di Shah Alam.  Hujan membasahi bumiMU ya Allah.
Terima kasih atas nikmat ini.
Moga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.



Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html
Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen.

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog.

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

*************************************************


Bagi yang ada masalah nak memperkenalkan diri dan bisnes, sertai bengkel "Branding Yourself Strategies".  Akan disampaikan khas oleh Guru Online Akademi, Khairunnisa Hamzara.

Bukan senang nak dapat ilmu secara langsung dari beliau.
3 lokasi, Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur.

"Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

Sudah tiba masanya untuk :

-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Apa beza apabila orang lain yang menceritakan tentang kebaikkan perniagaan / perkhidmatan kita dengan kita yang bagi tahu sendiri di sana dan di sini yang perniagaan /perkhidmatan kita sangat baik?

Bagaimana pula jika media yang tolong bagi tahu kan? Agak-agak orang lebih percaya atau tidak jika media yang memperkenalkan diri/perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana."

Untuk pendaftaran hubungi saya
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Bayaran terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html



Saturday, March 15, 2014

Bisnes Kedai Makan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Selamat berhujung minggu bagi yang baru bermula.  Bagi yang sudah bermula semalam, tinggal satu hari lagi untuk habiskan hari rehat bersama keluarga.

Sudah 2 hari bacaan indeks pencemaran udara tinggi.  Moga hari ini lebih baik kerana semalam ada kawasan yang dikurniakan hujan.

Doa  saya juga untuk penumpang dan krew pesawat Mas MH370.  Moga mereka dalam keaadaan selamat dan kembali ke pangkuan keluarg masing-masing.

Bisnes Kedai Makan
Bisnes kedai makan memerlukan premis untuk disewa ataupun dibeli.  Modal yang banyak juga diperlukan.  Kebiasaannya sewa 3 bulan berserta deposit diperlukan untuk permulaan.  Anda juga memerlukan sekurang-kurang seorang atau dua orang  pekerja untuk permulaan bagi membantu menjaga premis kedai makan.
Bermacam-macam jenis kedai makan boleh diusahakan.  Ia boleh dibahagi kepada beberapa kategori.  Antaranya :
 
·      Restoran – restoran 24 jam, Bisnes Makanan Pantai Timur, restoran nasi arab, nasi campur,
       nasi lemak, masakan Thai, Satay, Roti Canai
·      Gerai – goreng pisang, keropok lekor, minuman, buah-buahan, kuih-kuih, chow kue teow,            burger, gerai rojak dan cendol, pasar malam
·      Van/trak makanan(gerai bergerak) – nasi campur, nasi lemak, popiah, muffin, yong tau foo,
       tau foo far, satay, ais krim
·      kantin sekolah – menjual pelbagai mee, nasi lemak, kuih-muih dan makanan ringan
·      kafe  - kopitiam
·      kedai makanan segera – makanan barat, pizza segera
·      kiosk – makan frozen, menjual produk timur tengah, jeruk, buah-buah
·      food court – nasi campur, nasi ayam, pelbagai mee
                               
Waktu beroperasi bagi bisnes seperti ini ada yang bermula seawal subuh, ada yang hanya dibuka dari pukul 3 petang hingga tengah malam dan ada yang dibuka 24 jam.

Bagi yang memulakan perniagaan untuk hidangan sarapan, kerja-kerja pembelian bahan mentah harus dilakukan seawal mungkin, ataupun membuat stok sehari awal.  Penyediaan masakan harus dimulakan seawal pukul 3 pagi.

Bagi yang beroperasi waktu petang,  persediaan makanan boleh bermula sedikit lewat dari yang menyediakan menu sarapan.  Walau bagaimanapun stok bahan mentah juga harus dilakukan lebih awal juga.
Sumber: Ebook 101 Idea Bisnes Makanan
 
*****************************************************


Masih mencari-cari idea untuk bisnes dari rumah?

Dapatkan pakej ebook ini untuk bantu kalian mengambil langkah pertama untuk bergelar usahawan dari rumah.
Hanya bayar harga untuk satu ebook, dapat 2 ebook.
Selagi promosi belum berakhir.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7



PROMOSI 3 ebook hanya RM100

Thursday, March 13, 2014

Bekerja dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Ramai yang suri yang masih bekerja PM dan whatsapp saya bertanyakan tentang kelas online dan bekerja di rumah.  Peluang untuk menjana pendapatan dari rumah memang sangat luas, cuma perlu fokus dan bersungguh.  Saya cadangkan baca dulu ebook dari Puan Masayu Ahmad.  Saya sendiri sebelum hantar surat berhenti, saya mencari di internet tentang wahm.  Saya baca ebook janawang di rumah.  Kemudian mula dengan buat dropship produk buku/ebook serta produk sunnah.  Semuanya saya mula tanpa modal.  Modalnya hanyalah dengan beli ebook dengan harga tidak sampai RM50 ketika itu.  "Turning point" saya ialah apabila saya mula sertai kelas asas blog di bawah bimbingan Puan Masayu.  Baru nampak peluang-peluang bisnes dapat dijalankan hanya dari rumah.
Orang kata kalau nak buat, buat ajelah.  Jangan cakap aje, tapi tidak melangkah langsung.  Selagi tidak mula, kita tidak tahu pahit manisnya.  Tapi sebelum melangkah, perlu rujuk "CEO" ya. Saya mohon petunjuk dari DIA bertahun.  Alhamdulillah, saya tidak menyesal menghantar surat perletakan jawatan saya tahun lepas.

Apabila sudah pandai buat kedai online menggunakan blog, kita boleh buat seberapa banyak kedai lain.  Sama dengan fanpage.  Buatlah seberapa banyak (setakat ini fb tidak menyekat lagi).  Tetapi blog lebih selamat dari fanpage.  Fanpage dikawal oleh facebook.  Andai facebook meroyan, dia blok fanpage, habis macam tu sahaja.  Kalau blog, inshaallah setakat ini tiada gangguan.

Blog juga lebih senang ditemui di carian google.  Contoh blog saya, kalau kalian taip "resipi mudah" , "tips resipi mudah" dan "bisnes makanan", alhamdulillah  blog saya ada di 10 carian teratas.  Kita guna blog sebagai platform untuk mula.  Kumpul duit dulu.  Selepas cukup modal, boleh ambil platform yang berbayar lengkap dengan shopping cart.  Inshaallah, saya percaya kalau niat kita berhenti kerja untuk keluarga kita, Allah akan permudahkan jalannya.


Ulasan pelajar kelas asas blog, Pn Roselina Ghazali dari Akademi Bekerja di Rumah

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 entri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Anys Idayu Zakaria kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, Alhamdulillah saya mampu menjana pendapatan yang lebih sedikit dari biasa. Saya juga rasa gembira bila ramai yang membaca blog dan fanpage dan ingin mengetahui tentang produk jualan saya serta mendapat khidmat nasihat tentang kesihatan dan kecantikan walau secara maya sahaja.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.
Sumber : http://roslinazali.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.
7. Tempahan blog bisnes/ blog penulisan
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
8. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin beli produk pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com


Wednesday, March 12, 2014

Bisnes ikut-ikutan

Teks: Aishah Hussein

Nak bisnes bukan setakat ikut-ikutan. Perlu ada minat dan kesungguhan. Mana boleh hangat-hangat tahi ayam.   Main-main, sekejap fokus, sekejap ke laut. Nanti diri sendiri yang lemas.

Bak kata sifu saya,
Orang lain dah berhenti kerja, sudah boleh kerja dari rumah. Aku pun mahu juga. Mereka boleh aku pun boleh. Nak jual apa ya, jual online, mahu buka butik online lah.
-Bulan pertama lihat baju kanak-kanak cantik. Mula jual pakaian kanak-kank.
-Bulan ke dua lihat baju hamil cantik gatal tangan buat page baru lagi mahu jual baju hamil. Putus asa sebab laku 2 helai sahaja.
-Bulan ke tiga mahu jual buku. Sebab nampak macam best aje orang lain jual.
-Bulan ke empat mahu jual kek pula. Sebab nampak macam laku.
-Bulan 5, 6, 7, 8, 8, 10, 11, 12. Cukup setahun ada 12 bisnes.
Hasilnya dua hengget sehari, 4 hengget sehari. Kekallah begitu sampai setahun. Lepas itu menangis-nangis mahu kerja semula, sebab tak ada hasil kerja dari rumah.
Inilah masalah ramai wanita yang kononya semangat mahu kerja dari rumah. Tetapi tidak ada fokus. Hasil kajian kes yang datang, sama sahaja, apabila mereka selesai berkongsi saya boleh asingkan, ini kategori
a. Belum sedia
b. Kekal gagal
c. Tidak tahu apa-apa wahm, sahm soho- sebab nak google pun malas
d. Sukses- dia tahu nak capai matlamatnya sejak hari pertama mahu letak niat berhenti kerja
Baca dulu buku Jana Rm dari Rumah, Ebook Super Wahm Super Mom, 101 Idea Homebased Bisnes sebagai persiapan. Penat Puan Masayu Ahmad tulis tau.

Boleh dapatkan semua ebook dan buku dari
http://buku-online4u.blogspot.com/



Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.
7. Tempahan blog bisnes/ blog penulisan
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
8. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com


Tuesday, March 11, 2014

Garlic Bread, Mudah dan Sihat

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat "Garlic Bread".

Saya suka cara yang ini sebab ia menggunakan minyak zaiton menggantikan butter.  Lebih sesuai untuk mereka yang cuba mengurangkan kadar kolestrol dalam pemakanan.


Bahan-bahan:
Roti panjang seperti baguette
Bawang putih
Minyak zaiton
Kertas minyak
Oregano atau apa-apa sahaja herbs
Daun parsley atau sup

Cara-cara;
Saya kira roti, kalian boleh guna roti apa sahaja tetapi lebih sedap menggunakan roti panjang yang sederhana keras.

Belah roti secara memanjang dan dikerat melintang tetapi jangan sampai putus.  Jika roti terlalu panjang, potong roti menjadi dua bahagian.

1. Bawang putih ditumbuk kasar.
2. Daun pasli dicincang halus
3. Masukkan kedua-dua bahan di dalam mangkuk dan tuang minyak zaiton dan digaul rata.
4. Lumurkan bahan ini pada bahagian tengah roti.
5. Setelah selesai, tuangkan minyak zaiton ke atas roti juga (ikut selera masing-masing, bagi saya memang suka.  Lagipun minyak zaiton yang saya guna ini tidk berbau kuat sangat)
6. Taburkan oregano ke atas roti.
7. Masukkan roti ke dalam pan pembakar.
8. Basahkan kertas minyak dengan air dan tutup roti dengan kertas minyak ini.
    Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan roti tersebut.
9.  Bakar roti di dalam oven dengan suhu 170C selama 25-30 minit.
Roti akan kelihatan garing tetapi lembap di bahagian dalam.

Sesuai dihidangkan bersama sup berkrim seperti sup cendawan.

Allah s.w.t berfirman bermaksud:
"Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walau tidak disentuh api.." (AnNur:35)
Minyak zaitun, bergantung pada kadar dan jenis minyaknya. Yang dibuat dari zaitun hitam mampu memberi kehangatan sekaligus kelembapan stabil. Berkhasiat juga mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing.
Jenis yang sudah tua lebih panas dan lebih berkhasiat. Bila diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut namun lebih berkhasiat. Seluruh zaitun berkhasiat menghaluskan kulit dan melampatkan pertumbuhan uban.
Jus zaitun yang dimasukkan garam boleh menghentikan api, menguatkan gusi. Daunnya berkhasiat untuk menghadapi demam, kudis dan mencegah kering berlebihan.
Sumber: Buku Mengubat Cara Nabi terbitan Al-Hidayah.

===================================================



Anda mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini anda tidak perlu risau lagi.

Berdaftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah!

Anda akan mendapat Satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Pakej Iklan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Hubungi saya di Facebook: aishah.hussein7
email : noraisah.hussein@gmail.com
atau terus bayar di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html



Monday, March 10, 2014

Garlic Bread

Teks: Aishah Hussein

Sedang bersiap-siap untuk ke tempat rawatan.  Nanti saya akan kongsikan resipi "Garlic Bread" yang mudah dan sihat.  Tunggu ya.
Sementara itu layan dulu foto yang tidak berapa cantik ini.


Friday, March 7, 2014

Hebat Luarbiasa - Bengkel Live Coaching

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Orang yang hebat, semangatnya luarbiasa.
Kini rakan guru online kami, Nisa Nua sudah mengambil satu langkah ke hadapan.
Beliau akan kendalikan bengkel "Branding Yourself Strategies", coaching secara live.

Bagi yang berminat untuk mengetahui cara-cara untuk:

1. Membina Blog Perkhidmatan/Perniagaan Anda Sendiri. (bernilai rm300)

2. Rahsia Mendapat Liputan Media Secara PERCUMA untuk Memperkenalkan Perniagaan Dan Perkhidmatan Anda Sendiri (bernilai rm300)

3. Merekabentuk Bisnes Anda Sendiri Agar Dipandang Oleh Orang Ramai dan Dicari. (bernilai rm300)

Daftarkan diri anda ke bengkel ini.

Ada lagi berita baik ya.
Jika anda daftar untuk 3 orang, anda hanya perlu bayar Rm700.
Jadi cepat daftara sekarang.



Pasti ramai yang tertanya Event Apakah ini?

Sebenarnya ianya adalah Bengkel Live Coaching Satu hari

Tentang Strategi Penjenamaan Diri / Perkhidmatan / Perniagaan

[Masalah Dalam Diri Kita]

Masalah untuk memperkenalkan diri dan perkhidmatan ini sebenarnya berlaku kepada saya dan ramai orang lain di luar sana terutamanya mereka yang "berpendidikan tinggi" dan "pandai". Oleh kerana merasakan diri terlalu pandai, kita menghalang diri kita untuk mempelajari teknik-teknik ini. Ia adalah perkara asas yang utama yang menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya apabila menggunakannya dan ia juga merupakan perkara asas yang utama menyebabkan orang gagal terus gagal dan gagal apabila tidak menggunakannya.

[Pengalaman Sendiri]

Saya belajar dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Pada tahun 2012 saya telah meletakkan jawatan di sebuah agensi kerajaan tempat saya berkhidmat kerana mempunyai masalah pengurusan rumahtangga terutamanya hal kebajikan anak-anak yang sering keluar masuk hospital .

Selama 1 tahun saya cuba menghasilkan pendapatan sendiri. Selama itu saya:
-Membuat, Menjual dan Mengedar Cheesetart
-Menyertai perniagaan MLM
-Menjadi pemborang dan menjual busana Muslimah
-Menjadi ajen Tupperware dan sebagainya

Saya buat bermacam usaha untuk mendapatkan pendapatan kerana sudah berjawatan Suri Rumah Sepenuh Masa. Suami tidak suruh tapi saya yang sudah biasa ada gaji sendiri merasa janggal tanpa pendapatan sendiri.

[Mencari Mentor]

Lama juga saya mengalami "zaman meroyan dan kegelapan". Walau banyak usaha yang dilakukan, ia seolah-olah pembaziran tenaga dan masa kerana tidak mengetahui teknik-teknik sebenarnya. Dan saya katakan pada diri sendiri " Sudah, Nisa! Tak perlu bereksperimen lagi! Jangan buang masa, cari mentor segera."

Seawal perletakkan jawatan setahun yang lalu tersebut, saya menghadiri seminar Advance Marketing Power oleh pelatih jutawan terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Beliau banyak berkongsikan cara. Saya aplikasikan kepada kesemua perniagaan di atas, dan ia mendapat sambutan ramai.

Namun, saya tersentak apabila ayah saya sendiri berkata " Baru untung rm50 dan riuh sekampung" setelah saya berjaya membawa hasil pulang sehari selepas pulang dari pejabat pos dengan berjalan kaki di panas terik kerana poskan barang dan borang yang dipesan oleh pelanggan onine.

Akhirnya saya bertemu dengan Mentor yang secocok dengan gaya kehidupan yang saya perlukan. Saya mendapat mentor yang juga seorang suri rumah namun berpendapatan dari rumah. Saya "membayar" untuk berilmu dengan beliau. Dan alhamdulillah, "bayaran" tersebut bukan sekadar pulang modal namun berlipat kali ganda keuntungannya. Ilmu apakah itu? Ya, itulah yang saya akan kongsikan dan saya akan berikan langkah demi langkah untuk kita :

-Mula pandang Kepakaran
-Mula pandang Ijazah yang ada
-Mula pandang Hobi dan Minat

Kemudian:

-Bagaimanakah cara untuk "menjenamakannya"?
-Bagaimana untuk "mendesignkannya"?
-Bagaimana untuk "memperkenalkannya"?

Apabila kita mengetahui tekniknya, dari rumah juga boleh "dikenali" , mendapat pelanggan dan perniagaan berjalan maju dan terus maju. Jika ada yang bercita-cita ingin menjadi ibu suri berijazah dan bekerja sepenuh masa di rumah (working mother at home) , ini adalah ilmu yang sangat diperlukan. Jika ada yang menjalankan perkhidmatan "professional" namun terpaksa tutup premis dan mula menjual baju atau coklet, inilah masanya untuk belajar teknik-teknik yang akan didedahkan untuk anda bangun semula perkhidmatan professional anda dengan penuh gaya dan kemesraan dengan pelanggan. Bagaimanakah caranya? Hadir ke Bengkel Live Coaching ini.

Insyaallah. Berbekalkan semangat luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah swt, saya bersemangat berkongsi dan wajib berkongsi pengalaman dan ilmu seciput yang ada untuk membantu masyarakat kita untuk :

-bangun dari leka
-untuk tidak lagi bersedih dan bermurung
-untuk tidak lagi berada dalam kegelapan

Sudah tiba masanya untuk :

-keluar dari zon selesa
-berani melakukan
-lakukan semaksimum
-perkenalkan diri, produk, perkhidmatan atau perniagaan di mata orang ramai.

Jika kita tidak beritahu, ada orang lain tahu apa perniagaan/perkhidmatan kita?

Apa beza apabila orang lain yang menceritakan tentang kebaikkan perniagaan / perkhidmatan kita dengan kita yang bagi tahu sendiri di sana dan di sini yang perniagaan /perkhidmatan kita sangat baik?

Bagaimana pula jika media yang tolong bagi tahu kan? Agak-agak orang lebih percaya atau tidak jika media yang memperkenalkan diri/perniagaan/perkhidmatan kita?

Bagaimana ini semua boleh terjadi?

Maka saya luangkan sedikit masa buat pertama kalinya di khalayak ramai untuk berkongsikan langkah demi langkah. Selama ini saya berkongsikan selama 8 bulan dengan mereka yang masuk daftar kelas coaching personal saya secara online. Kini, masanya untuk saya kongsikan kepada semua orang tanpa batasan. Jika saya yang lemau dan lembik boleh lakukan, apatah lagi kalian yang sangat hebat di luar sana.

3 Lokasi untuk ditempah tempat duduknya:

-Melaka ( 5 April 2014)
-Kuala Lumpur ( 6 April 2014)
-Kelantan (26 April 2014)


Mohon untuk sebarkan kepada mereka yang lain. Mungkin anda "tidak perlukan" tapi kenalan anda dan orang sekeliling anda sangat memerlukannya. Apa yang baik kita sampaikan. Moga ianya dipanjang-panjangkan dan dimanfaatkan. Insyaallah

Untuk pendaftaran hubungi saya
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Bayaran terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Wednesday, March 5, 2014

Ambil tahu aliran wang, simpan dan lupakan

Teks: Aishah Hussein

Duit masuk dan duit keluar. Setiap hari bagai air yang mengalir.
Jika tidak bijak menguruskan aliran wang, sedar-sedar sahaja sudah habis duit dalam wallet dan akaun bank.
Setiap perbelanjaan harus dicatit.  Baik wang personal mahupun bisnes.  Buku 555 dibawa ke mana sahaja agar kita yang mudah lupa ini dapat terus merekod aliran kewangan kita.
Saya juga catit perbelanjaan harian ketika waktu bekerja dulu.  Tetapi apabila sudah berhenti kerja, terus abaikan buku catitan tersebut.  Pernah ketika harijadi saya dulu (tapi dah tak ingat tahun bila), si Along siap belikan buku lejar sebagai hadiah harijadi.  Waktu itu Along di sekolah rendah.  Bila ditanya kenapa along belikan buku ni untuk ibu, katanya sebab dia selalu tengok ibu catit RM RM dalam buku, jadi lebih mudah jika ada buku khas yang sudah ada "column" untuk semua itu.  Saya memang happy terima buku tu sebab saya memang guna.  Rupa-rupanya anak-anak memerhati apa yang saya buat :)


Kini saya kembali aktifkan diri untuk catit setiap perbelanjaan. Personal dan juga bisnes.  Perlu disiplinkan diri.

Pesan mentor saya, dapat duit simpan dan lupakan.
Kalau tidak, hujung bulan tak boleh reward diri sendiri atau anak-anak.

Pendaftaran untuk tarikh berikut masih dibuka:
24 mac 2014
dan 31 mac 2014
Isnin, 9.30pg-12.30tgh
dan juga setiap hari Isnin bulan April.

Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150)
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order.

Untuk pendaftaran hubungi saya
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Bayaran terus di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Tuesday, March 4, 2014

Ulasan Kelas Akaun - Zaila Mohamad

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah.  Rasa lega hati apabila Along whatsapp keputusan exam malam tadi.  Dari minggu lepas sebenarnya keputusan sudah boleh disemak tetapi Along tidak dapat akses kerana yuran ibunya baru selesai bayar 2 minggu lepas :)  Pagi tadi sebaik terima salinan resit dari universiti, terus suruh Along semak. Terima kasih Allah.
Doa, doa dan terus berdoa.
Usaha, Ikhtiar dan tawakkal.
Allah tidak pernah kecewakan hambanya.


Ulasan Kelas Asas Akaun- Zaila Mohamad
Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita:P)

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga. Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan.
http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html

=======================================================
Pendaftaran Kelas Asas Akaun untuk WAHM/SOHO bagi tarikh berikut masih dibuka:
24 mac 2014
dan 31 mac 2014
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Juga dibuka pendaftaran bulan April bagi tarikh berikut:
07.04.14
14.04.14
21.04.14
28.04.14
Isnin, 9.30pg-12.30tgh

Untuk pendaftaran hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768




Monday, March 3, 2014

PROMOSI Tempahan Blog

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.

Bermula Mac, Akademi Bekerja di Rumah menawarkan Pakej Tempahan BLOG dengan harga PROMOSI terbaru.
Pakej ini dibuka atas permintaan ramai usahawan.  Mereka yang "super duper" sibuk dan tiada masa untuk menghadirkan diri ke kelas online kami.

Pakej Tempahan Membina Blog:
a. Blog Bisnes
b. Blog Penulisan/Peribadi

Hanya RM200 sahaja (JIMAT RM100)

Apa yang akan ada dalam BLOG saya?
✔ Borang tempahan
✔Penambahan gajet - 5 Label
✔ Link fanpage/facebook
✔ 10 foto produk untuk dimasukkan ke dalam blog bersama keterangan produk.
***Bonus juga akan diberikan

Bagi yang sudah ada blog tetapi  ingin menambah gajet-gajet utama seperti label, pages, atau membuat borang tempahan. Saya juga ada menawarkan servis tersebut.

Hubungi:
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Sunday, March 2, 2014

Resipi Mudah - Ayam Susu

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Baru selesai makan tengahari bersama keluarga.  Hari ini sebab merancang untuk melawat sahabat dan untuk urusan lain, jadi masak yang mudah sahaja iaitu Ayam Susu bersama Salad dan sambal Kicap.  Untuk yang inginkan resipi boleh singgah di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html


Moga segala urusan hari ini dipermudahkan Allah.

Selamat bercuti dan bagi rakan-rakan yang bekerja, Selamat menjalankan tugas :)

Saturday, March 1, 2014

Hujung minggu, cuti tanpa rehat

Alhamdulillah.  Sudah masuk Mac hari ini.
Jadual hujung minggu sudah penuh.  Tiada istilah rehat, walaupun hari bercuti.  Rehat kita hanya di "sana" nanti.  Itupun jika kita dapat berehat.
Hari ini juga saya dikhabarkan tentang protege saya Saniah Mat Sanat ditimpa kemalangan jalanraya.  Kita sama-sama doakan agar dia cepat sembuh.

Baca ulasan kelas asas blog dari salah seorang peserta Akademi Bekerja di Rumah.
Teks: Nor Adilah Ahmad Shokori

Saya sedar ketika orang lain berlari, saya berjalan. Ketika orang lain berjalan, barangkali saya merangkak. Walaupun sering kali saya terkulat-kulat melihat mereka berada jauh di hadapan, namun saya jadikan itu sebagai cabaran.

Saya bermula sangat perlahan. Memakan masa berbulan-bulan lamanya. Tapi saya berpegang kepada suatu perkara. Mulakan dan habiskan. Saya belum gagal. Kegagalan hanya bermula apabila saya tidak bangkit daripada kejatuhan.

Lama juga masa yang saya ambil untuk menyudahkan tugasan yang diberi. Beberapa kali saya terhenti di awal dan pertengahan jalan. Terasa lelah. Terasa payah. Bukan mudah bagi saya. Apatah lagi untuk berkongsi catatan saya secara terbuka terutamanya melibatkan perihal diri.

Acap kali saya bertanya dan mengadu kepada Puan Masayu, bolehkah saya menulis? Untuk kesian kalinya beliau tidak jemu-jemu memberi dorongan kepada saya.

Kononnya saya ni tak hidup dek puji dan tak mati dek keji. Pada hal kembang kempis juga hati ni mendengar pujian daripada beliau, meski pun tulisan saya tidaklah sehebat mana. Haha.

Selain nota yang disediakan oleh guru untuk semua pelajar, saya juga kerap mengintai-intai blog rakan-rakan sekelas. Saya kagum dengan pengisian di blog mereka. Saya memerhati dan juga belajar. Sedikit sebanyak saya jadikan panduan.

Sebelum masuk ke kelas, setiap pelajar perlu menjawab beberapa soalan sebagai proses analisa dalam menentukan hala tuju blog tersebut. Oleh itu, pelajar hanya perlu fokus terhadap apa yang telah ditetapkan.

Kita tidak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri apabila kita telah mula menulis. Selain guru, teman-teman yang lain juga saling membantu. Bukankah bergerak secara jemaah itu lebih mudah dan indah?

Percaya atau tidak blog juga boleh menjadi sumber pendapatan. Nampak tidak glamor kerana duduknya hanya di rumah. Tidak ada gelar dan pangkat.

Blog ini ibarat pokok. Tiba masanya kita akan menuai hasilnya. Kebaikan yang ditanam, maka kebaikan juga akan dituai. Untungnya bukan hanya di dunia bahkan sampai ke alam sana.

Tetapi apabila kita sudah bertekad, tidak ada apa yang mampu menggugat. Apalah yang ada pada nama. Cukuplah bila kita bahagia dengan apa yang kita punya.

Cabaran ada di mana-mana. Ada yang akan memandang sebelah mata akan usaha kita. Ada yang akan mengandaikan bahawa kita sedang membuang masa melakukan perkara sia-sia.

Senyumlah kerana ia tidak akan merubah apa-apa. Teruskan berusaha dalam senyap dan biarkan kejayaan yang bercakap.
http://noradilah-ahmadshokori.blogspot.com/2014/02/ulasan-kelas-blog-dan-penulisan.html



Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho 
    Rujuk link:  http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


UPAH BINA BLOG

Kini saya buka pakej untuk Upah membina blog.
Yang berminat untuk hasilkan blog tetapi tidak ada masa untuk sertai akademi, boleh hubungi saya untuk tempahan blog. Tempahan blog terbuka kepada semua yang ingin membuat blog bisnes, blog untuk assignment atau blog peribadi.

Harga PROMOSI yang saya tawarkan sekarang hanya RM100 SAHAJA. Harga sebenar pakej ini ialah RM200. Yang menarik lagi, saya akan berikan bonus beriklan di soho directory selama 6 bulan. Produk anda akan diiklankan di lebih dari 400 blog aktif di Akademi Bekerja Di Rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...