Monday, September 22, 2014

Nostalgia KPP Shah Alam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Hari ini perlu selesaikan tempahan cookies untuk raya haji.  Pelanggan ini memang selalu ulang oder.  Syukur kerana walau tidak pernah promo tetapi Allah bagi aje rezeki.

Hari ini juga Allah bagi kejutan, terima wassap dari seorang rakan lama, Ana.  Zaman kanak-kanak remaja di KPP Shah Alam.  Banyak kenangan manis.  Zaman tengah nakal.  Salah seorang rakan sebilik, rakan rapat saya juga sudah pergi meninggalkan saya pada tahun 2004 akibat kanser paru-paru.  Kadang-kadang bila duduk termenung, teringat pada rakan sebilik. Selalu juga teringat pada Ana.  Nak telefon, no telefon sudah hilang bersama telefon lama dulu-dulu.  Mujurlah no telefon saya masih disimpan di dalam telefon Ana.  Banyak soalan dan jawapan yang bertukar di antara kami.  Maklumlah, sudah berbelas tahun tidak berjumpa dan tidak berhubung.

Sekarang masing-masing sudah jadi ibu-ibu belaka.  Anak-anak sudah umur belasan tahun.
Andai dapat dikembalikan zaman silam, banyak yang kita ingin lakukan perubahan.  Tetapi pada hakikatnya perkataan kalau/andai semua itu tiada dalam kamus lagi.  Jadi terus pandang hadapan dan maju ke hadapan.  Yang sudah berlaku, biarkan ia menjadi penyebab untuk kita berubah ke arah kebaikan pada hari ini dan masa hadapan.

Ok sambung lagi di lain entri. Perut sudah lapar.  Isi minyak dulu kemudian sambung membakar cookies.

2 comments:

  1. Rasa nak balik masa umur lepasan sekolah. Muda rumaja, baru pandai-pandai nak menggatal, kata mak...hihi.

    Asalkan pandai jaga diri, mak kata ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Mona kalau ada time machine memang lah nak balik tapi realitinya jika tidak ada yg dulu mana ada yang sekarang kan. Syukuri atas masa silam, nikmati masa sekarang dengan ketenangan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...