Saturday, February 22, 2014

Sambal Bilis Tempoyak

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.
Semalam tiba-tiba teringin nak makan sambal ikan bilis tempoyak.  Selalunya masak yang tumis aje tapi kali ni buat resipi yang menggunakan santan.  Resipi asal oleh Sabariah Bahasar dari salah satu grup yang saya masuk.  Tetapi saya masak ni ikut bahan yang ada aje.

Sambal Bilis Tempoyak

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil Ikan bilis
1 mangkuk kecil Tempoyak
15 biji Cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
1 mangkuk santan
1 mangkuk air
2 batang  serai
1/2 ini kunyit hidup, boleh juga gunakan kunyit serbuk
Daun kunyit
Garam

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga pekat.



Menu makan malam kami juga dihidangkan bersama ayam bakar berserta daun selom yang ditanam sendiri sebagai ulam.

Resipi yang mudah disediakan.  Saya suka masak menu yang mudah dan ringkas sebab saya perlu berkejar untuk mengambil anak di sekolah pula.  Ayam dibakar di dalam oven dan tidak perlu ditunggu.  Saya hanya tinggalkan di dalam oven dan biarkan ia masak sementara saya pergi mengambil anak.  Tapi kalau nak buat macam tu perlu gunakan oven yang off automatik dan ada timer.  Kalau tidak nanti ada pula yang makan ayam hangus.

 Hanya sambal bilis sahaja yang perlu dimasak di atas dapur, itu pun saya buat api yang kecil.  Boleh ditinggalkan sewaktu pergi solat asar.

Walaupun saya duduk di rumah tetapi saya masih kekalkan masak dengan cara yang mudah dan ringkas pada hari bekerja.  Cepat siap dan sedia dimakan oleh keluarga sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah dan pejabat.


 
Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
    Rujuk link: http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Baca sini untuk keterangan lanjut http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Friday, February 21, 2014

Syukur atas nikmatMU

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Sebagai ibu yang bekerja di rumah, saya dapat rasakan yang kerja di rumah memang tidak pernah habis.  Membasuh, memasak dan mengemas.  Bagi yang wahm pula tambah tugasan untuk kerja-kerja.  Walaupun tidak bekerja di pejabat tetapi rumah kami adalah pejabat.  Perlu sangat disiplin.  Saya masih berusaha keras untuk disiplinkan diri dengan pengurusan masa.  Lebih-lebih lagi sekarang setiap hari saya perlu ke tempat rawatan dan 5 jam sahaja dihabiskan untuk perjalanan dan menunggu untuk rawatan.  Kadang-kadang rasa macam nak berhenti aje buat rawatan tetapi sebagai seorang pesakit kita perlu berusaha dan berdoa.  Ujian ringan yang Allah berikan ini tiada bandingannya dengan ujian berat yang digalas oleh orang lain.

Allahuakbar.  Setiap kali saya ke pusat rawatan Ceragem, melihat ibu-ibu dan ayah-ayah tua yang bertongkat, yang mengesot dari tingkat bawah, yang didukung, yang tidak boleh bercakap akibat stroke, semua itu membuat saya bersyukur. Masih banyak nikmat yang Allah berikan kepada saya tetapi saya masih mengeluh.  Jika kita asyik melihat ke atas memang kita tidak akan pernah merasa bersyukur.

Terima kasih Allah atas segala-galanya.



Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com


Wednesday, February 19, 2014

Peluang datang hanya sekali

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Pagi yang terang-benderang.

Sejak saya mula sediakan bekal untuk anak-anak, walaupun tidak menghias cantik macam orang lain, si adik setiap hari akan bertanya esok bawa bekal apa.  Pernah ada ketika saya tidak berapa sihat, saya memberitahu si adik yang esok pagi tiada bekal.  Terus macam sedih aje muka dia.  Nak atau tidak, perlu juga buatkan untuk dia bekal walaupun hanya roti gardenia 2 keping bersama telur mata kerbau dan sos mayonais.  Mujur anak ibu yang manja ni tidak cerewet.

Syukur kepada Allah diberi peluang untuk lebih dekat dengan keluarga.
Terima kasih Allah.

p/s pagi ni hanya Muffin Nenas untuk bekal si adik.  Angah jaga badan, hanya makan untuk sarapan aje. Waktu rehat makan sikit dan minum aje, jaga kesihatan dan jaga wang.  Angah, angah.


Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
    Rujuk link:  http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/



Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Guru Online Bertugas:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Tuesday, February 18, 2014

Kedai online hanya di hujung jari

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Bisnes online boleh berada di mana-mana. Tak perlu berada di kedai 24 jam.
Semuanya hanya di hujung jari.
Minggu lepas ada pelanggan pm saya di facebook, "Sis ni tokey produk sunnah shoppe ke?"
Pelanggan nak kenal tuan kedai dulu sebelum bagi duit untuk beli produk dari kita.
Kepercayaan dari pelanggan itu penting.  Syukur juga kerana saya dapat membantu pelanggan yang di dalam kesusahan. Moga mereka ini dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.


Sumber: http://syahidahmahassan.blogspot.com/
"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.


Anda minat untuk bisnes online menggunakan blog dan fanpage?
Daftar di Akademi Bekerja di Rumah, saya akan tunjukkan caranya.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif Kelas penulisan kreatif online
5. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho  
    Rujuk link:  http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Jika berminat hubungi saya:

SMS/whatsapp: 013 383 7768

Friday, February 14, 2014

Kebebasan merancang masa

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sudah lama tidak mengharungi trafik jam, pagi tadi atas urusan en suami, saya memandu di dalam trafik jam.  Syukur perjalanan hanya mengambil masa 50 minit walaupun kalau nak diikutkan jaraknya dekat sahaja.  Syukur sangat-sangat tidak lagi perlu lakukan aktiviti ini setiap hari.
Rancang kebebasan kewangan dan kebebasan untuk merancang masa anda.  Mulakan dari sekarang.


Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataan bekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan.



Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Guru Online Bertugas:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Thursday, February 13, 2014

Atur masa untuk bisnes dan keluarga

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Hari ini selesai rawatan lebih awal. Terus berjumpa dengan sahabat. Sekali-sekala luangkan masa untuk berada bersama rakan-rakan. Waktu lain hanya untuk keluarga.

Kelas online asas blog masih berlangsung seperti biasa.
Yang berminat untuk mempromosikan bisnes secara online boleh cuba dengan blog dan fanpage.
Bole pm saya di facebook aishah.hussein7

Jika kalian sibuk dengan tugasan, saya juga boleh bantu bina blog untuk kalian.
2014 tahun melangkah terus ke arah bisnes hanya di hujung jari.

Monday, February 10, 2014

Rezeki Allah yang tetapkan

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Seronok cikgu-cikgu apabila ada pelajar yang sudah mula menjana pendapatan dari hasil berblog.  Tetapi semua itu perlu datang dari usaha peserta sendiri.  Cikgu-cikgu hanya dapat tunjukkan jalan untuk penyediaan platform.  Moga lebih ramai ahli-ahli akademi lebih bersemangat dan fokus seperti Farhana Abdullah.

Sumber : http://angiefarhana.blogspot.com/
Bissmillahirohmanirohim
Assalamualaikum dan salam sejahterah

 Pertama sekali syukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan segala kegembiraan yang tidak terhitung buat saya. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, saya masih lagi dalam proses menyiapkan entri yang entah bila akan siap ini. Jiwa sebenarnya nak sangat menyiapkan entri ini dengan cepat seperti rakan yang lain, tetapi seperti orang lain ada sahaja halangan. Namun sebenarnya jangan kita jadikan halangan itu satu alasan untuk melakukan sesuatu.

Alhamdulillah hari ini juga saya sangat-sangat gembira dan teruja untuk meneruskan usaha untuk menjadi salah seorang yang berjaya seperti mereka. Hari ini saya telah mendapat bayaran tempahan Nota Panduan Jahitan Asas saya yang pertama. Apatah lagi, saya sangat-sangat terkejut mendapat tahu yang dia bukannya di Malaysia tetapi di US.  Menurut katanya, di sana kalau hendak belajar satu jenis baju, kena bayar dalam 200 dollar bersamaan RM500. Masyallah!.. Inilah yang dikatakan kalau memang Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, sejauh langit dan bumi pasti akan tiba.

Mungkin juga kerana selama ini saya yakin dengan kita solat dhuha, insyaallah rezeki kita akan terbuka luas untuk kita. Sepertimana setiap kali kita berdoa ketika lepas melakukan solat dhuha, Ya Allah perluaskanlah rezekiku, jika reziki ku ada di langit turunkanlah untukku, jika ada di bumi keluarkanlah untukku, jika jauh dekatkanlah untukku, jika susah permudahkanlah untukku, jika sedikit perbanyakkanlah untukku dan jika haram maka halalkanlah untukku. Ya Allah, jika aku lalai peringatkanlah aku dan permudahkanlah aku membuat kebaikan dunia dan akhrat. Aamiiin..

Saya rasa ramai yang berdoa seperti itu kan. Apa pun dunia hanya persinggahan sementara. Sebagai manusia biasa kita banyak menghadapi pelbagai masalah yang berbeza. Tapi yakinlah setiap yang kita lakukan dan apa sehaja yang berlaku sama ada yang gembira atau yang tidak menggembirakan itu semuanya ujian untuk kita. Berbalik pada Ulasan ini.

Jika diungkapkan dengan kata-kata sukar untuk saya nyatakan, betapa saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjadi salah seorang rakan Akademi Berkerja Di Rumah. Syukur sangat-sangat Allah permudahkan saya memahami penerangan yang diberikan oleh guru online saya Pn Normi M. yusof. Dengan kesabaran guru yang mengajar saya kerana bukan sekali dua bertanya itu ini. Guru pening anak murid pun pening. Tetapi akhirnya dapat juga diselesaikan tugasan yang diberikan dengan penuh kesabaran. Lagipun menuntut sesuatu ilmu mana ada yang senang kan. Kini melihat hasil dalam blog saya wow!! bestnya...cantiknya...macam-macam lagilah keluar di mulut. Suami pun kata o..gitu caranya baru tau. Apatah lagi dengan terhasilnya Panduan menjahit secara online ini, dapat pula pelanggan pertama dari US. Yang lucunya panduan belum siap sepenuhnya tetapi pelanggan dah bayar. Apa lagi bertambahlah semangat.

Sejujurnya saya sangat-sangat berterima kasih tidak terhingga kepada usaha guru online saya Normi M Yusof yang sentiasa bersemangat memberi tunjuk ajar dan begitu juga atas sokongan guru-guru online seperti Masayu Ahmad, Aishah Hussein dan lain-lain. Terima kasih Guru.

Jika saya yang ilmu cetek ini boleh melakukan sesuatu, saya pasti anda diluar sana yang mempunyai ilmu yang lagi hebat dari saya mesti mampu buat yang lebih baik dari saya. Apa yang anda perlukan jadilah salah seorang rakan Akademi kami. Insyaallah manalah tahu dah tertulis anda mampu merubah hidup. Malu rasanya meluahkan kata-kata seperti ini, kerana kita belum tahu kesudahan benda yang kita lakukan tetapi rezeki masing-masing kita tak tahu. Mungkin rezeki anda lagi lebih dari saya.
Aamiiin..

Saturday, February 8, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog, Puan Asmah Hashim

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Dua tiga hari ini, Allah uji dengan kesihatan.  Moga diri ini lebih dekat dengan Allah.  Terima kasih Allah kerana masih sayangkan hambuMu ini.

Ulasan kelas asas blog dari penulis novel, Puan Asmah Hashim

           Orang ada FB, saya hendak ada FB.   Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya.  Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah.  Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak.  Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi.  Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul!  Tidak tipu.  Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim.  Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak.  Pena Ungu.  Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya.  Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya.  Buat malu sahaja.
                Blog saya itu biasa-biasa sahaja.  Pengikutpun tidak ramai.  Hendak bertanya, terasa malu.  Nanti diperkecilkan pula.   Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita?  Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut.  Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut.  Kecewa juga di hati.  Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang.  Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.
                Saya ini aktif orangnya.  Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan.  Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis.  Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini.  Banyak peluang yang kita dapat dengan  mempunyai blog sendiri.  Bukan hanya di FB sahaja kita boleh  mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana.  Setiap perkara perlu ada ilmu.  Maka belajarlah.  Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah.  Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami.  Lihat sendiri,  kaji sendiri. Alami  sendiri.  Pasti anda akan suka, akan tertarik.
                Banyak perkara yang  belajar di dalam Kelas Asas Blog ini.  Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu.  Maka lahirlah blog saya yang penuh entri,  ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik.   Malah kami diberi peluang untuk menjana  pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja.  Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.  Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya.    Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini.  Wang yang dilaburkan  akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
                Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini.  Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.



1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Jika berminat hubungi saya:

SMS/whatsapp: 013 383 7768

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...