Alhamdulillah.
Semalam hari cuti. Jadi sempat menjengah kebun mini di hadapan rumah. Kawasan semakin sempit dengan kayu -kayan en suami yang sudah ada hobi membuat perabut dari kayu terpakai. Tetapi alhamdulillah, kebun mini saya juga sudah dikembangkan sehingga ke luar pagar.
Antara pokok yang saya tanam di bahagian hadapan rumah adalah Thai Basil, Kaduk, Kunyit, Sayur Manis, Cekur, Halia, Cili Padi, Pudina, Belalai Gajah, Lemon Basil, Sweet Basil, Mulberri, Malabar Merah, Selom dan Kesum.
Kebun kecil belakang rumah, saya tanam pokok Pandan, Serai, Kunyit, Limau Kasturi, Limau Nipis, Lengkuas dan Pisang.
Kebun Miniku |
Walau tidak punya kawasan tetapi cukup untuk melepaskan gian menanam pokok.
Malam tadi, terhasillah Nasi Goreng Ulam :)
Bahan-bahan:
Daun-daun ulam:
Apa yang ada sahaja
Bawang Merah dan bawang Putih
Saya letak serai, daun kaduk, belalai gajah, hirisan kunyit hidup.
Cili Padi, Daun Kunyit, Ikan bilis, Kacang Buncis. (Saya sudah kehabisan halia muda, malas nak keluar ambil)
Sos Tiram
Cara-cara:
Hiris daun-daun ulam. Serai saya tumbuk.
Ikan bilis digoreng terlebih dahulu.
Kedua-dua bawang ditumbuk. Bawang putih boleh juga diketuk aje.
Tumis bawang.
Kemudian masukkan sos tiram. Garam.
Masukkan nasi dan kacau.
Setelah itu masukkan daun-daun ulam yang dihiris dan juga ikan bilis goreng.
Kami makan dengan ikan gelama masin bacin :)
No comments:
Post a Comment