Tuesday, February 25, 2014

Tempahan Membuat Blog

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah di atas segala nikmat yang diberikan.

Sepanjang saya menjadi guru online, macam-macam pm yang masuk ke inbox.  Ada yang bukan sahaja tag di wall saya malah hantar pula ke inbox.  Saya faham kadang-kadang kita terlalu ghairah mempromosikan produk kita sehingga kita terlupa tentang hak privasi orang lain.  Sebagai usahawan online, kita harus belajar etika usahawan online.

Banyak cara lain yang percuma yang kita boleh gunakan untuk promosi.  Antaranya fanpage dan blog.  Kedua-dua platform ini adalah percuma.  Di situ kalian boleh promosikan produk kalian sampai "lebam".  (Sambil saya menaip ini kedengaran taukeh pau cina sedang mempromosikan jualannya.  Baru semalam rasanya membaca perkongsian tentang jualan pau ini oleh rakan guru online)

Ramai yang pm bertanyakan macam mana nak buat bisnes online.  Kami di Akademi bermula dengan blog dan dibantu dengan fanpage.  Alhamdulillah, ada sahaja yang bertanyakan produk sunnah saya walaupun saya sudah jarang mempromosikan di facebook.  Alhamdulillah dengan bantuan pautan Akademi Bekerja di Rumah, ia banyak membantu mempromosikan blog.

Ada yang pm berminat untuk buat blog tetapi tiada masa nak belajar.  Dengan niat untuk membantu mereka yang super sibuk tetapi ingin membina kedai online, saya kini menawarkan promosi untuk mereka yang ingin menempah blog.  Mereka yang sudah ada produk dan sedang membuat jualan offline dan ingin membuat blog, kalian ada pilihan untuk sertai akademi dan belajar bersama kami atau serahkan kepada saya untuk membina blog kalian.

Tempahan blog ini bukan sahaja dari awal membina email, blogspot dan lain-lain. Ia juga dibuka bagi yang sudah mempunyai blog, tapi tidak berapa arif untuk memasukkan gajet-gajet utama seperti label, pages, atau membuat borang tempahan.



Bagi yang berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan. Tempahan blog terbuka kepada semua yang ingin membuat blog bisnes, blog untuk assignment, blog peribadi.

Harga sebenar pakej adalah RM200.  Rebut peluang ini dengan harga PROMOSI hanya RM100 sahaja.

Kalian boleh hubungi saya:
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
PM di Facebook: aishah.hussein7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...