Monday, May 26, 2014

Kesyukuran berterusan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas ilmu yang diberikan selama 3 hari.  Ilmu bukan sahaja dari coach tetapi juga dari peserta.  Ilmu bukan datang secara terus tetapi datang dari pengalaman dan emosi peserta.  Ia bukan datang secara kebetulan tetapi direncanakan oleh Allah.

Syukur di atas setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Syukur diberikan peluang untuk hidup sekali lagi pagi ini.
Ada yang tidur terus tidak bangun-bangun lagi.

Syukur Oksigen yang kita sedut diberi percuma.
Tiada bil yang dihantar ke rumah untuk dibayar.
Tidak perlu risau akan kenaikan kadar harga akan setiap tahun.

Syukur atas setiap pergerakan sendi-sendi yang Allah izinkan pagi ini.
Ada orang yang tidak dapat bergerak pagi ini kerana kekejangan.
Terbaring di atas katil atau wheelchair mengharapkan bantuan orang lain.

Syukur atas rasa lapar dan keinginan untuk bersarapan pagi ini.
Kerana ada orang di luar sana yang tidak ada selera untuk makan walau telah dihidangkan makanan yang lazat-lazat di depan mata.

Ya Allah. Nikmat apa lagi yang kami tidak puashati.
Nikmat yang mana lagi yang kami mahukan untuk kembali kepada fitrah MU.
Syukur. Redha. Ikhlas menerima.
Terima kasih Allah

1 comment:

  1. Betulla..kdg2 kita tak pasan yang kita ni Allah da bg bnyk nikmat .....Alhamdullilah....rezeki bukan sahaj dalam bentuk duit, tp kesihatan, kebahagian dan lain2 lg..
    jemput datang ke blog saya http://dalilayusof.blogspot.com/
    saya juga menawrkan perkhidmatan kereta sewa, menjual produk raya..sempena ramdhan ini, kuih raya, pes nasi arab...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...