Teks: Aishah Hussein
Nasi lemak merupakan beras yang dimasak di dalam santan, sedikit garam dan di letakkan daun pandan untuk mewangikan nasi lemak.
Nasi lemak akan dilengkapkan dengan sambal ikan bilis, timun dan telur
rebus.
Nasi lemak asalnya dihidangkan sebagai sarapan
pagi. Tetapi dengan kesibukan penduduk-penduduk di kawasan bandar,
kini nasi lemak juga sudah menjadi hidangan sepanjang masa.
Nasi
lemak yang dibungkus dengan daun pisang atau surat khabar juga ada
diletakkan di kedai-kedai makan ataupun gerai. Jenis yang begini memang
digemari ramai kerana ia mudah serta ringkas dan tidak terlalu berat
dengan lauk-pauk.
Bagi yang suka makan dengan lauk
tambahan, terdapat juga kedai-kedai yang menjual nasi lemak bersama
lauk-lauk tambahan. Lauk-lauk yang selalunya dimakan bersama nasi lemak
adalah seperti rendang ayam atau daging, sambal sotong, paru goreng
dan ayam goreng.
Foto:
www.8tvbestintheworld.com.my
missyaniabdullah.blogspot.com
sukehatiakuokey.blogspot.com
Wednesday, April 24, 2013
Tiada berkesudahan - 24.04.13
Teks: Aishah Hussein
Tugasan suri rumah memang tiada berkesudahan. Rasanya baru 3 hari lepas sudah kemas rumah. Hari ini dah bersepah. Bakul kain tak pernah kosong.
Semalam, seorang rakan yang belum berkahwin berkata, "berat rupanya tanggungjawab sebagai seorang wanita".
Sememangnya berat. Bagi suri rumah yang bekerja, kalau dia seorang usahawan masih mampu lagi membuat kerja-kerja sampingan di rumah. Bagi yang tidak bekerja, tugasan memasak, mengemas, melayan kerenah anak-anak, suami semua itu tidak pernah berakhir sehingga ke akhir hayat. Moga kita sama-sama mendapatkan keberkatan dan rahmat dariNYA.
Jadi siapa yang bercadang untuk berkahwin, kuatkan mental dan fizikal.

Ingin belajar asas blog dan penulisan.
Daftar segera di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com
Tuesday, April 23, 2013
Alhamdulillah - 23.04.13
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah cuaca hari ini cerah sekali. Tugasan di rumah telah selesai. Sebentar lagi perlu ke luar untuk berjumpa seorang sahabat. Tidak semestinya sudah jadi suri rumah asyik buat kerja kat rumah aje. Sesekali perlu keluar juga untuk hilangkan stress.
Di dalam ebook Super Wahm Super Mom ada disenaraikan tips untuk hilangkan stres serta pengurusan rumahtangga. Ebook ini bukan untuk panduan suri rumah yang duduk di rumah sahaja tetapi juga sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja.

Senaskah hanya RM25
Atau dapatkan pakej ini.
Harga RM45
Kalian bayar terus untuk ebook Jana Wang Di Rumah di www.janawangdirumah.com
Baki RM25 bayar di sini ya
Monday, April 22, 2013
Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom
Teks : Aishah Hussein
Hari ini barulah saya dapat
menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom. Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan
seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu
dibuat. Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini. Alhamdulillah
akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.
Ingin saya memetik salah satu
kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:
Pilih yang
terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara
yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja,
jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.
Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada
bersama-sama dengan anak-anak saya.
Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah
kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.
Kerja sehingga usia 50 tahun pun tidak
akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.
Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti
peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu. Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya
rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu. Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam
diri ini.
Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar
perkataan WAHM dan SOHO. Tetapi tidak tahu perbezaannya. Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham
apa takrifan yang sebenarnya.
Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan
sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang
bekerja. Bagi wanita-wanita yang
bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca
ebook ini untuk dijadikan panduan.
Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat
keputusan untuk berhenti kerja. Apa-apa
pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.
Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses
urus masa dan tips urus rumahtangga.
Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk
bersembang dan menonton tv. Tanpa
pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai.
Saya sendiri juga sudah melaluinya. Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya
sudah rasa seperti masa 24 jam itu tidak
cukup buat saya. Masa mula-mula berhenti
kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan. Mula rasa stress mana satu nak buat ni. Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat,
masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online. Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah
mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.
Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan
untuk anak-anak seperti biasa. Setelah
mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan
selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan
tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya.
Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun
jadual kita sendiri. Tetapi semangat
kena kuat untuk disiplinkan diri.
Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai
dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.
Dapatkan ebook ini segera di Buku Online atau
Teruskan tugas seorang WAHM - 22.04.13
Teks: Aishah Hussein
Masih banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Baik tugasan rumah dan juga penulisan. Hari ini niat di hati ingin menyediakan sajian tengahari yang mudah aje untuk angah.
Mulanya ingat nak beli aje di kedai, maklum ibunya berpuasa. Jadi hajat di hati ingat nak masak petang nanti aje lah.
Tetapi bila difikirkan, apalah susah sangat masak nasi dan sejenis lauk untuk angah seorang. Malam nanti pun angah tidak makan malam di rumah juga kerana kelas tusyen dia dari petang sampai ke malam. Kesian angah.
Lagipun, bukankah masakan dari air tangan ibu lebih berkat.
Jadi saya nak pergi masak sekarang. Nak masak apa pun tak tau lagi. Masuk dapur baru dapat ilham.
Dapatkan ebook Super Wahm Super Mom di Buku Online dan
http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ebook-super-wahm-super-mom-urus-masa.html

Sunnah Rasulullah - 20.04.13
Teks : Aishah Hussein
Di sini
ada bermacam-macam sukan yang ditawarkan. Antaranya memanah, berkuda dan motorcross. Tetapi untuk ahli ada
kelebihan mendapat percuma untuk sukan-sukan yang tertentu. Untuk menjadi ahli hanya perlu membayar RM180
setahun. Dan ahli akan diberi diskaun 50
peratus untuk sukan-sukan yang berbayar.
Sabtu
lepas, kami membawa anak-anak untuk merasa beriadah cara rasulullah. Daripada asyik bermain game di komputer,
sekali sekala keluar rumah untuk beriadah.
Si adik
sibuk mengajak ayahnya untuk menunggang kuda.
Jadi kami bawa mereka ke Denai Alam Recreation Centre.
Di sini
ada bermacam-macam sukan yang ditawarkan. Antaranya memanah, berkuda dan motorcross. Tetapi untuk ahli ada
kelebihan mendapat percuma untuk sukan-sukan yang tertentu. Untuk menjadi ahli hanya perlu membayar RM180
setahun. Dan ahli akan diberi diskaun 50
peratus untuk sukan-sukan yang berbayar.
Si adik
sebenarnya tidak puas memanah. Masih
lagi ingin pergi ke situ. Moga diberikan
rezeki oleh Allah buat dia.
Terima kasih Allah kerana diberi peluang menggembirakan hati anak-anak.
Dapatkan pemakanan sunnah rasululullah madu dan kurma di Kedai Produk Sunnah kami.
Gerai Burger
Teks: Aishah Hussein
Salah satu dari cabang makanan segera produk tempatan adalah gerai burger. Gerai-gerai burger ini selalunya dibuka berhampiran dengan kedai-kedai makan. Tetapi ada juga yang didirikan di kawasan perumahan.
Sasaran pelanggan peniaga-peniaga ini adalah anak-anak remaja serta kanak-kanak. Tetapi golongan dewasa ada juga yang menyukai burger produk tempatan ini.
Gerai burger ini selalunya menjual Benjo, Burger Daging, Burger Ayam, Burger Arnab, Burger Kambing, dan yang sedang popular sekarang adalah Burger Bakar. Setiap satu menu itu juga ada yang ditambahkan pakej istimewa di mana ditambah telur ataupun pun keju.
Gerai burger selalunya mula beroperasi lewat petang sehingga lewat malam. Ini adalah kerana sasarannya adalah pelajar-pelajar dan anak bujang yang suka keluar untuk makan dan minum lewat malam.
Bisnes ini selalunya dimonopoli oleh golongan remaja lelaki kerana proses menyediakannya mudah.
Bahan-bahan mentah untuk bisnes burger seperti kepingan daging dan sayur-sayuran juga senang didapati di pasaraya-pasaraya.
Foto:
joinme.com.my
virtualmystic.wordpress.com

Sunday, April 21, 2013
Beriadah bersama keluarga - 21.04.13
Teks: Aishah Hussein
Hujung minggu adalah hari untuk keluarga. Dua hari ini tak sempat untuk membuat catatan harian. Minggu ini kami banyak melakukan riadah. Seronok bila dapat gembirakan hati anak-anak.
Sambil beriadah masih ingatkan along nun jauh di sana. Apa sahaja aktiviti yang kami lakukan di sini selalunya akan dirakamkan ke dalam image dan dihantar melalui whatsapp. Itu sahaja cara saya untuk menghilangkan rasa rindu along kepada kami.

Dapatkan ebook 30 Tips sihat ibu hamil & pantang di Buku Online
Subscribe to:
Posts (Atom)