Friday, October 11, 2013

Cabaran terbesar adalah penerimaan dan sokongan keluarga

Teks: Aishah Hussein

Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan



Minat saya untuk membuka cafe ini timbul sejak saya mula berkahwin. Saya suka pergi makan di tempat-tempat yang bersih dan cantik.  Tujuan saya berhenti kerja dari bank dahulu adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar.  Jadi apabila anak-anak sudah besar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya teruskan impian yang sudah lama saya tangguhkan.

Antara tujuan utama saya ingin membuka cafe  adalah utk menambah nilai hidup kepada orang lain dengan memberi pekerjaan yg baik kepada golongan belia sebangsa saya.  Saya berhasrat untuk membuka cafe yang menyediakan makanan yang bersih dan halal berkonsep santai serta dilengkapi talian internet seperti Cafe Francise.

Banyak cabaran yang saya hadapi pada peringkat permulaan. Kata-kata orang sekeliling banyak melemahkan semangat saya.  Saya tidak mendapat sokongan keluarga dan ia hampir-hampir membuatkan saya putus asa dan melupakan impian saya.  Namun, saya kuatkan semangat tetap nekad untuk meneruskan niat saya untuk membuka cafe.

Alhamdulillah, setelah  60% usaha saya ke arah impian saya, barulah saya lihat keluarga merestui keputusan saya.  Restu dari keluarga amat berharga bagi saya.

Matlamat saya nak menjadikan Old Station sebagai kopitiam/cafe tempatan yg setanding dengan jenama francise.

Sebagai persedian dalam bidang perniagaan, saya banyak menghadiri seminar-seminar yang dikendalikan oleh pakar-pakar pemasaran.  Antaranya seminar Dr Azizan seperti Master Your Bisness, Train The Trainer, Rahsia Kuasa Minda, Advance marketing Power, Fesbuk Power, Potensi Diri, Jutawan Industri dan lain-lain lagi.  Saya juga mengikuti kursus anjuran MARA dan konvensyen TERAJU.  Banyak yang saya belajar dari tip dan panduan dari seminar-seminar sebegini serta tidak lupa juga dari orang-orang sekeliling saya.

Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, jika ingin menjalankan bisnes teruskan sahaja. Usah takut dan teragak-agak, buat sahaja dan usaha untuk tambah baik selepas itu.

Thursday, October 10, 2013

Garam, gula dan semut

Teks: Aishah Hussein

Syukur ke hadrat illahi kurniakan hari yang hebat buat seluruh hambaNYA.  Apa yang tidak baik bagi kita mungkin adalah yang terbaik buat orang lain. Begitu juga sebaliknya.  Allah sudah seimbangkan segala-galanya untuk hambaNYA.  Sesungguhnya DIA Maha Adil.

Terima kasih di atas rezeki yang dikurniakan NYA setiap hari, walau secubit garam.  Masin tetapi diperlukan untuk seimbangkan rasa di dalam resipi.  Jika diberi 10kg gula, belum tentu ia akan memberi kebaikan kepada kita.  Untk seorang peniaga kedai minuman mungkin ia adalah keperluan untuk kegunaan satu hari mereka.  Bagi kita, belum tentu akan menggunakan kesemua 10kg untuk sekali masakan kita.  Gula yang lebih itu disimpan sehingga gula yang ada habis dulu. Akhirnya, sang semut datang dan menjadikan gula itu sebagai habuannya.  Pada hakikatnya, walau 10kg sudah ada dalam tangan tetapi jika Allah tetapkan ia bukan rezeki kita, ia tetap akan jadi milik orang lain.  Milik sang semut.

Begitu juga perjalanan hidup kita.  Semuanya sudah ditentukan oleh Allah.  Doa, usaha dan tawakal.  Mohonlah kepada Allah apa yang terbaik buat kita.  Kemudian usahalah untuk mendapatkannya.  Jika memang sudah ketentuan, memang ia akan jadi milik kita.

Mohon mendapat rezeki yang berkat agar rezeki yang kita dapat akan memberi kebaikan kepada kita dunia dan juga akhirat.


Alhamdulillah.  Pagi ini bersarapan Muffin Vanila Cranberi bersama Milo O panas di mahligai saya.  Habiskan masa bersama Along, berbaki 5 hari lagi sebelum Along pulang ke bumi anbiya :(

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. 
Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Wednesday, October 9, 2013

Berniaga nak senang aje

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Semalam, sambil duduk-duduk selepas solat teringat pula kisah orang dulu-dulu mencari rezeki dengan berniaga.  Susah mereka ke hulu ke hilir mencari rezeki.  Kita sekarang di hujung jari pun masih malas hendak usaha.

Semasa zaman saya kecil, sekitar tahun 70-an, susah betul orang berniaga.  Saya teringat lagi, kadang-kadang ada perempuan-perempuan berbangsa Cina akan datang ke kampung-kampung dan menjual pelbagai sabun pencuci dan beberapa produk.  Mereka memakai skirt biru dan berbaju putih dan membawa produk hanya dalam bakul rotan.  Sekali pandang macam pengawas di sekolah.  Mula-mula datang memang lah seronok, semua orang nak tengok tapi apabila tiap-tiap hujung bulan datang, makcik-makcik semua dah mula tutup pintu.  Maklumlah, orang kampung bukannya ada duit nak membeli barang selalu.  asal nampak aje kelibat mereka di jalan, terus angkat tangan bagi tanda "tak nak".  Kalau difikirkan memang kesian juga mereka mencari makan berjalan ke sekitar pelusuk kampung. Tetapi kesian juga pada penduduk kampung yang asyik nak membeli.

Gambar Hiasan
Satu lagi peniaga yang cukup terkenal di kalangan ibu-ibu zaman dulu ialah abang-abang pakistan yang menjual kain baju. Mereka ini seperti abang-abang bangla yang menjual karpet atas basikal zaman sekarang. Ingat lagi saya mak dan kakak panggil dia "Janggut" sebab dia berjambang, datang bawa sebondong bungkusan kain baju yang dikendong di belakang motor. Golongan mereka ini memang saya kesian.  Mereka datang bawa baju dan kain ela untuk dijual dan sanggup memberi hutang kepada ibu-ibu di rumah ini.  Ibu-ibu ini bukannya ada pendapatan tetap, hanya mengharapkan pemberian dari suami ataupun berniaga kuih-kuih sikit aje. Kain baju yang dibawa bukanlah fesyen yang terkini, tetapi bagi yang tidak mampu, mereka akan beli aje sebab boleh bayar ansuran.  Bahagian yang paling kesian adalah apabila Janggut datang pada bulan hadapan, Janggut mengharap ibu-ibu ini membayar hutang, sekurang-kurangnya sedikit.  Tetapi ada yang tidak mampu, tidak bayar pun, malah buat lagi hutang baru.  Kadang-kadang ada yang bayar RM2 sahaja, Janggut terima dengan senyuman dan ucapan "Alhamdulillah".  Berlalu dari situ dan teruskan perjalanan ke rumah pelanggan lain untuk menagih hutang.


Sedih bukan.  Jika dibandingkan dengan zaman kita sekarang, kita tidak perlu keluar rumah pun untuk mempromosikan produk.  Bina blog dan fanpage, setiap hari naikkan status atau kongsikan produk di facebook.  Kalau setipa hari buat, tak kanlah tiada seorang pembeli pun yang sangkut. Kalau ada modal lebih, boleh gunakan pengiklanan di fb ads (yang ini perlu pergi menuntut dengan guru, kalau tidak nanti habis duit macam tu aje).

Bagi yang tiada modal pula, konsep dropship menjadi trend sekarang.  Berniaga tanpa modal, hanya promo dan ambil komisen.  Senangnya hendak berniaga sekarang.  Ya, bunyi macam senang tetapi semuanya hendaklah dengan usaha juga.

Janganlah mengharap rezeki datang bergolek.  Sudah bina blog kedai dan fanpage tetapi tinggal bersawang.  Pelanggan datang singgah kedai macam tiada aktiviti berlaku.  "Mana towkey kedai ni?  Sunyi aje".  Kalau anda sendiri pergi ke kedai blog yang sudah 2 bulan tidak update, agak-agak anda akan beli produk dari mereka tak?  Paling kurang, anda akan emel atau sms dia orang tanya.  Kalau tiada respon, alamatnya memang jawapannya "tidak".

Itu lah yang selalu dipesan kepada peserta-peserta di akademi, selalu update entri supaya menarik trafik ke blog.  Dan sebagai peniaga, anda harus berusaha untuk memberi respon kepada pertanyaan pelanggan.  Beli atau tidak adalah urusan Allah kerana yang memberi rezeki adalah DIA.  Jika tidak sekarang, akan datang pelanggan itu akan datang mencari kita kembali untuk produk lain.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
PM Aishah Hussein utnuk analisa sebelum mula kelas.

Monday, October 7, 2013

Keracunan Makanan

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google



Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita keracunan makanan di sebuah kenduri kahwin di Kedah.  4 orang maut dan 270 orang tetamu lagi dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Ketika saya mendengar berita itu di kaca TV, perasaan risau campur terkejut terus datang di fikiran saya.  Macam tidak percaya pun ada.   Hanya keracunan makanan boleh maut. Risau pula saya mendengarnya.  Selama ini kalau pergi ke kenduri kahwin, makan sahaja semua lauk. Tidak fikir pun pasal lauk itu akan membuat kita keracunan makanan.  Kalau ke kedai memang berhati-hati tetapi kenduri kahwin ambil mudah aje.

Pada pemikiran saya yang cetek ini, keracunan makan hanya cirit-birit dan muntah-muntah. Makan ubat klinik sihat semula.  Tidak terfikir badan akan kekurangan air yang teruk(dehidrasi). Kekurangan air yang melampau boleh membawa maut.  Mungkin juga dulu-dulu hanya dengar keracunan makan hanya berlaku kerana makan di kantin-kantin sekolah.  Ataupun kerana makan di gerai-gerai. Apabila dengar cerita keracunan makanan di kenduri kahwin sampai membawa maut, agak tersentap juga perasaan saya.

Dulu-dulu, kalau pergi kenduri memang selalu diingatkan mak dan kakak, makan di rumah kenduri hati-hati sikit.  Sebabnya ialah memang selalu dengar orang cirit-birit balik dari kenduri.

Gambar Hiasan
Kenapa berlaku keracunan makanan.

1. Bahan mentah memang sudah rosak.
Teori orang-orang tua dulu, sebab-sebab sakit perut (orang tua dulu-dulu tidak tahu nak sebut keracunan makanan) apabila makan kenduri adalah kerana masakan di rumah kenduri itu menggunakan daging kotak (daging dinginbeku).  Tiada penerangan secara terperinci diberikan.

Fakta yang sebenarnya ialah daging kotak bukan daging segar yang baru disembelih.  Ia daging yang disimpan di dalam freezer, mungkin sudah berhari-hari.  Jika tidak betul cara simpan, ia mudah rosak.  Bakteria Salmonella yang terdapat di dalam daging, ayam dan telur akan mudah menyerang bahan mentah tersebut jika ia disimpan pada suhu bilik terlalu lama atau pun melebihi dari 4 jam.  Ia mungkin ada dua kemungkinan. Sama ada daging itu memang telah rosak ketika datang dari pembekal ataupun rosak ketika di dalam penjagaan tuan rumah.

 Yang memburukkan keadaan  adalah apabila mereka sayang hendak buang daging yang sudah busuk.  Sebaliknya, gunakan juga daging yang sudah berbau dan masak seperti biasa.  Ini yang akan mengakibatkan perut-perut tetamu yang sensitif dengan bakteria-bakteria tersebut meragam.

Satu lagi senario ialah, apabila penyediaan bahan mentah perlu disediakan lebih awal sebelum memasak.  Lauk-lauk seperti ayam dan daging perlu dipotong dan dibasuh terlebih awal sebelum dimasak.  Mereka yang kononnya ingin bersiap lebih awal akan memotong dan bersihkan ayam atau daging terlebih awal dan tidak menyimpan semula bahan mentah tersebut pada suhu dingin yang betul.  Ini juga cara yang akan mengundang keracunan makanan.

2. Cara masak dan penyimpanan makanan yang telah dimasak tidak betul
Selalunya, makanan kenduri perlu disediakan awal. Jadi ada yang masak pada malam sebelumnya dan ada yang masak sesudah subuh.  Terutamanya seperti ayam yang perlu digoreng awal sebelum dibuat masak cili.  Ayam-ayam tersebut kadang digoreng tidak betul dan kemudian disimpan di luar begitu sahaja untuk beberapa jam.  Saya pernah lihat sendiri, ayam yang digoreng awal, apabila tiba masa hendak dimasak untuk dibuat masak merah, ayam itu sudah berbau.  Kalau anda sebagai tuan rumah atau tukang masak, adakah anda akan buang semua ayam yang telah busuk.  Atau anda akan selamatkan mana-mana yang agak-agak busuk dan masak seperti tiada apa yang berlaku.

Ada juga yang memasak rendang pada waktu malam.  Apabila tiba siang terlupa untuk memanaskan rendang tersebut dan rendang itu menjadi basi.  Apabila sudah berbau basi, sayang hendak dibuang.  Nanti tidak cukup pula lauk kenduri.  Panaskan sahaja, dengan harapan rendang tersebut hilang bau basi.  Hidangkan sahaja kepada tetamu.

Allahu Akbar.  Di sinilah letaknya kejujuran kita.  Walau tiada orang yang tahu, tetapi sesungguhnya Allah yang tahu.
Persoalannya.  Sanggupkah jika kita sendiri yang memakan ayam yang sudah busuk?
Sanggupkah kita memberi keluarga kita sendiri memakan rendang yang sudah basi?

Foto: kidrus.wordpress.com
         www.kinhealth.com

Sunday, October 6, 2013

Urusan di hujung jari

Teks: Aishah Hussein

Cepat benar masa berlalu.  Esok bersambung kembali peperiksaan PMR dengan kertas-kertas yang seterusnya. Hujung minggu tidak ke mana.  Hanya di rumah melayan keluarga dan menyiapkan tempahan cookies pelanggan.

Hari ini melayan selera si angah, teringin nak makan stew katanya.  Dari Syawal disebut-sebut angah, stew di rumah kawan semasa jamuan rumah terbuka.  "Kalau ibu buat mesti lagi sedap".  Hmm, angah kalau bab memuji no. 1.  

Pagi tadi di pasar tani, angah lonjakkan lagi lagi  permintaannya,  "Raya Haji nanti kita buat stew aje lah ibu.  Dah jemu asyik makan rendang aje". 

Hati ibu terus cair, ok hari ini ibu buat dulu, kalau jadi kita buat untuk raya nanti.  Tersenyum angah hingga ke telinga.  Kalau jadi resipi itu, saya akan kongsikan di sini.

Sambil berhujung minggu bersama keluarga, masih boleh lagi bersiaran di kelas asas blog dan uruskan permintaan online.  Semuanya mudah, hanya di hujung jari.




Merancang untuk bekerja dari rumah

Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas yang saya tulis ini khusus bagi ibu yang baru bermula.

1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. Kalian boleh google untuk mendapatkan tiga ini.

2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.

3. Blogspot. Boleh google untuk memulakan ini. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia. Saya akui 2k pertama buku saya habis dijual dengan mudah pada fasa pertama dan jumlah cetakan pertama adalah 3K sahaja dan kini ia berbaki sedikit sahaja lagi.

4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship. Saya sendiri ada tiga, sunnah, kedai buku dan dropship borong. Beli
mana-mana buku saya, kalian akan saya masukkan dengan pilihan produk yang kalian suka.
Sumber: www.janawangdirumah.com

Ok, untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingga 10 langkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan blogspot. 

Pendaftaran untuk kelas asas blog dibuka setiap hari.

PM saya Aishah Hussein untuk pendaftaran.


Saturday, October 5, 2013

Cabaran pahit sebagai seorang selebriti chef

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan




Sebenarnya saya meminati bidang masakan ini sejak  dari bangku sekolah lagi.  Tambahan pula, saya datang dari keluarga yang menjalankan perniagaan katering.

Pada mulanya saya belajar bidang Hotel Management dan Kulinari di Middlesex University Of London, setelah itu saya mula berjinak-jinak terjun ke dalam dunia Selebriti Chef sebagai Penulis Buku Resipi. Kini saya telah pun mempunyai 7 buah judul buku resipi di bawah penerbitan PTS Millennia dan Buku Prima (Grup Buku Karangkraf) yang dipasarkan di seluruh Malaysia.  Saya juga telah berpeluang menjadi Pengacara TV bagi Rancangan Masakan di saluran TV2 dan Astro Ria serta pernah diundang ke beberapa rancangan masakan di saluran TV1, TVi, TV3 dan TV9.  Dan saya juga pernah menjadi cover muka hadapan untuk beberapa majalah antaranya Majalah Masakan The Cook.

Setelah mula bergiat aktif dalam bidang ini sebagai Selebriti Chef, timbul pula idea untuk memulakan perniagaan dalam bidang makanan.  Dengan pengaruh populariti nama yang sudah ada, saya mulakan perniagaan makanan.  Terlalu banyak pengalaman saya di bidang makanan.  Di Malaysia juga terlalu banyak saingan namun apa yang penting adalah kita perlu bersaing secara sihat dan mengatur strategi perniagaan untuk berjaya.

Terlalu banyak cabaran yang saya hadapi ketika mengusahakan perniagaan makanan ini antaranya ialah cabaran daripada segi emosi dan masa. Saya perlu membahagikan masa saya untuk dunia Selebriti, dunia perniagaan dan pada masa yang sama perlu meluangkan masa untuk keluarga juga.

Apabila kita berada dalam dunia selebriti ini,  tidak tak semua orang suka dan menyenangi kita, jadi kita perlu berusaha untuk menjaga hati semua pihak.  Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu isu kontroversi mengenai saya keluar di dada akbar dan majalah sehingga menyebabkan kedudukan saya dalam dunia selebriti jatuh mendadak. Saya tidak lagi menerima tawaran  pekerjaan dari mana-mana pihak dan ia turut menjejaskan perniagaan makanan saya.   Kontroversi melampau ini telah membuatkan saya kehilangan kepercayaan kepada para sahabat dan keluarga saya.  Itu adalah antara cabaran yang paling teruk saya pernah lalui.

Yang paling tidak saya sukai adalah apabila antara peniaga bersaing dengan cara tidak sihat.  Menggunakan ilmu hitam dan sebagainya.  Ia akan menjejaskan ekonomi peniaga bangsa itu sendiri.

Walau bagaimana berat cabaran yang saya lalui, saya kuatkan semangat untuk memperkukuhkan empayar dengan mengatasi segala kesulitan yang datang.  Saya bangun dan berdiri semula.  Saya teruskan usaha untuk membangunkan kembali empayar saya dengan pelbagai strategi pemasaran terkini.  Dan kini nama saya telah pun naik semula seperti sedia kala dan telah pun mendapatkan semula kepercayaan daripada para sahabat baik dan keluarga yang merupakan tulang belakang pada kejayaan saya selama ini.

Sememangnya semua peniaga mahukan kejayaan dan mencapai keuntungan yang besar dalam perniagaan mereka.  Bagi saya apa yang saya lakukan adalah atas dasar tanggungjawab bagi mencari rezeki.  Semua kejayaan dan keuntungan yang besar serta populariti yang saya dapat kini adalah satu bonus yang harus saya syukuri.



Friday, October 4, 2013

Apa seronoknya Bekerja dari Rumah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google



Seronok ke jadi WAHM?  Orang yang belum jadi WAHM akan fikir keseronokan boleh lepak di rumah aje.  Tidak perlu bersesak dalam trafik jam.  Tidak perlu kejar deadline.  Tidak perlu lagi pergi ke tapak projek dan melayan kerenah klien atau kontraktor yang memeningkan kepala.  Satu lagi tidak perlu layan bos yang tidak faham bahasa, asyik semua benda urgent.  Semuanya dia nak semalam :)

Bagi saya sendiri, menjadi WAHM memang seronok. Masa kita yang rancang, hendak cuti tidak perlu minta izin dari bos/majikan.  Boleh buat bisnes online dan tak perlu duduk depan laptop aje tunggu pelanggan.

Hidup macam biasa tetapi tidak perlu keluar sebelum matahari terbit untuk kejar ke tempat kerja dan tidak pula pulang ke rumah apabila matahari sudah tenggelam.  Ini adalah satau kebebasan masa yang sangat-sangat saya hargai sekarang.

Penat betul apabila saya fikirkan kehidupan saya selama 21 tahun dahulu  Tetapi tempoh itu lah yang banyak mengajar saya erti kehidupan.  Tidak pernah menyesal, cuma sekarang saya perlu bekerja lebih sedikit untuk mencapai matlamat saya.

Kadang-kadang segan juga apabila menghadiri training, yang hadir semuanya ibu-ibu muda yang baru berumur 30-an dan berjaya sebagai WAHM.  Saya sudah separuh abad, baru terhegeh-hegeh hendak mula.  Namun, bersyukur Allah beri saya peluang untuk jumpa guru-guru dan rakan-rakan  yang hebat dalam perjalanan saya menjadi WAHM.  Ilmu yang berharga, tiada nilai yang boleh saya bayar.  Hanya doa agar mereka berjaya dunia akhirat.

Untuk mencari ilmu, bukan semuanya percuma.  Ada yang percuma, ada yang berbayar.  Kadang-kadang kita perlu laburkan sedikit untuk mendapat ilmu.  Bayarannya sedikit tetapi memberi manfaat hingga ke beberapa generasi keluarga kita.




Sumber: Masayu Ahmad
Antara 10 keseronokan ketika mula-mula berhenti kerja.
1. Seronoknya sudha terlepas dari satu bebanan rutin yang berat. Iaitu kesesakan trafik dan tidak punya masa.
2. Seronoknya bersama anak-anak.
3. Seronoknya kerana bebas melakukan apa sahaja.
4. Seronoknya berada di rumah dan punya pejabat sendiri.
5. Seronoknya boleh bercuti-cuti bila-bila masa.
Lima keseronokan ini akan bertukar menjadi tegar.
1. Seronok kerana trafik tidak ada, di datangkan pula trafik cabaran lain. Justeru bersedia mental dan fizikal.
2. Antara kelebihan wahm yang utam juga anak-anak, namun pada masa-masa kesibukan kritikal bijaklah mengurus anak-anak dan kerja.
3. Ya betul bebas melakukan apa sahaja, akan tetapi perlu fokus agar keseronokan melakukan apa-sahaja itu menyebabkan matlamat utama sudah terpinggir.
4. Ya juga seronok berada di rumah sendiri. Untuk mengekalkan aura seronok itu, perlu aktif dan kreatif agar keseronokan pada awalnya bertukar kepada rasa bosan.
5. Sebelum menikmati percutian yang mengujakan, perlulah usaha dan bekerja keras terlebih dahulu. Jangan mabuk dengan cuti-cuti sedangkan pendapatan yang diusahakna belum mencapai sasaran. ;)
Untuk lebih banyak panduan asas, boleh baca dahulu www.janawangdirumah.com
Urus masa urus tenaga-dapatkan ebook super wahm super mom untuk mengetahui realiti cabaran sebenar bekerja dari rumah.
Sumber: Bab 3 ebook super wahm super mom

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.
Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.

Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.
 Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.

Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah. 
Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com.



Pakej Wahm Soho- Panduan Mula Bisnes Butik
Harga 3 ebook MR125
Atau boleh daftar di kelas asas blog dan dapatkan penjimatan sebanyak RM75!

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

PM Aishah Hussein untuk pendaftaran atau pembelian Pakej Wahm Soho.

Tuesday, October 1, 2013

Mulakan secara kecil-kecilan dan online dahulu

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus - Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan


Saya memang minat berniaga. Ia bermula dari kelas baking yang pertama saya ikuti di Shah Alam pada awal tahun 2010.  Selepas itu saya mula mengambil tempahan kek dari rumah.  Dengan berbekalkan pengalaman bekerja sendiri sebelum ini (bukan dalam bidang makanan), saya teruskan bisnes dari rumah secara kecil-kecilan selama 2 tahun.

Pada masa yang sama saya mengikuti kursus dekorasi kek dan seminar keusahawan untuk menambahkan pengetahuan.  Sejak itu saya berazam untuk membuka sebuah pusat bakeri yang menjual pelbagai peralatan dan keperluan bakeri untuk para pengusaha kek.  Saya juga pernah memohon peruntukan dari badan tertentu untuk memulakan perniagaan ini, akan tetapi permohonan saya tidak diluluskan.  Lalu saya menukar haluan dari mengambil tempahan kek kepada menjual peralatan bakeri memandangkan masa saya amat terhad kerana mempunyai dua orang anak kecil ketika itu.

Semua itu tidak menjadi halangan untuk saya meneruskan hasrat ini. Dengan berbekalkan restu dari suami dan modal yang sedikit saya memberanikan diri untuk memulakan perniagaan online Daffodil Crafts. Saya mula berniaga peralatan dekorasi kek ini semenjak awal tahun Januari 2012. Alhamdulillah , sambutan sangat menggalakkan. Selepas 4 bulan beroperasi secara online, saya memohon untuk berniaga di pasaraya Giant di Kuala Terengganu dan permohonan saya diluluskan. Saya mendapat tapak kiosk dan memulakan perniagaan di situ pada Mei 2012. Selepas 6 bulan di situ, saya mengambil langkah untuk mengusahakan sebuah kedai di rumah ibu saya. Dan sekarang ini perniagaan dijalankan di kedai sendiri secara online dan offline.

Masalah di dalam bisnes sentiasa ada kerana kita memang akan diuji Allah dalam apa jua keadaan.  Berbekalkan semangat dan keyakinan semua itu dapat diatasi dengan baik.

Matlamat utama penubuhan Daffodil Crafts adalah untuk menjadi pusat pembekal utama peralatan dekorasi kek yang berkualiti di Asia.  Kini Daffodil Crafts menjual/membekalkan peralatan dekorasi kek yang berkualiti kepada pengusaha kek yang beroperasi dari rumah atau pengusaha secara kecil-kecilan. Kami sedang mempergiatkan usaha untuk menawarkan kepada pengusaha kek dan kedai-kedai bakeri untuk membeli secara pukal dari kami samada untuk retail ataupun kegunaan sendiri.

Alhamdulillah kini kami mempunyai rangkaian pelanggan dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Singapura, Pakistan, Dubai dan Maldive.



Dapatkan Pakej Wahm Soho - Mula Bisnes Makanan
PM Aishah Hussein untuk pembelian
atau terus bayar di sini

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas asas blog berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanapage (bagi yang ingin mula bisnes)
 PM Aishah Hussein untuk pendaftaran atau pertanyaan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...