Teks: Aishah Hussein
Isnin lepas saya telah menjalani rawatan untuk lutut sekali lagi. Menambah dos untuk lutut sebelah kiri. Setiap kali ditimpa ujian kesakitan fizikal seperti ini, saya terpaksa menunaikan solat secara duduk. Alhamdulillah, pendedahan kepada ilmu cara solat ketika sakit banyak membantu saya untuk terus mengerjakan ibadat saya walau dalam keadaan mana pun.
Syukur juga, di surau-surau disediakan kerusi-kerusi bagi orang yang kurang upaya untuk solat secara normal. Terasa diri sudah tua betul. Kalau dulu, masa arwah emak saya masih ada, dia yang selalunya solat duduk kerana sakit lutut. Sekarang giliran saya pula. Apa pun masih berterima kasih kepada Allah kerana saya masih dapat melakukan ibadat solat.
Ensiklopedia Solat RM100
+RM5 pos daftar
+RM10 pos skynet.
Dapatkan di http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ensiklopedia-solat.html
atau di Buku Online
Thursday, April 4, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Bisnes Makanan Organik - 03.04.13
Teks : Aishah Hussein
Foto: haanism.com
Foto: Carian Google
Produk organik sudah
semakin mendapat tempat di hati penduduk Malaysia. Mungkin juga kerana kesedaran gaya hidup
sihat sudah semakin bertambah di kalangan penduduk, bisnes makanan organik juga
sudah bertambah. Ini dapat dilhat dengan
bertambahnya kedai-kedai menjual produk-produk organik di Kuala Lumpur sendiri. Di pasaraya-pasaraya yang besar seperti Giant dan Tesco juga sudah ada bahagian yang menjual produk-produk organik.
Apa sebenarnya yang
dimaksudkan dengan organik. Organik
bermaksud sayur dan buah-buahan yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun
perosak dan baja yang diperbuat dari bahan kimia. Dan bagi makanan yang diproses pula tidak
menggunakan sebarang bahan perasa dan mematuhi piawaian organik
yang ditetapkan oleh kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Antara bisnes yang boleh dihasilkan dari produk organik ialah
kedai menjual produk organik, restoran makanan organik, pekebun tanaman organik, penternak ayam
organik, pengusaha roti organik, jam, bijiran dan lain-lain.
foto: hpaonline.com
Kalau dulu, produk organik lebih menjadi pilihan kepada
pesakit kanser. Tetapi kini orang yang
sihat juga lebih cenderung kepada pilihan organik.
Tuesday, April 2, 2013
Bisnes Restoran
Teks : Aishah Hussein
Foto: moonsabit.blogspot.com
Foto: Carian Google
Restoran merupakan salah satu kategori kedai
makan. Kini bermacam-macam jenis
restoran telah dibuka di Malaysia. Di
Kuala Lumpur sendiri terdapat pelbagai jenis restaurant. Antaranya restoran makanan barat, makanan
cina dan India. Malah restoran makanan
melayu sendiri pula boleh dipecahkan kepada lebih banyak jenis mengikut masakan
negeri contohnya masakan Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Dan tidak lupa
juga kepada restoran makanan dari Negara-negara luar seperti restoran Jepun dan
Korea. Yang paling terbaru dan sedang
meningkat pilihannya adalah restoran makanan Arab. Ini mungkin disebabkan kemasukan lebih ramai
rakyat dari negeri-negeri Arab dan Timur Tengah ke Negara kita.
Untuk memulakan bisnes restoran, kita memerlukan modal
yang banyak. Ia melibatkan kos sewa premis dan pembayaran
bil letrik dan air. Dan pada
kebiasaannya deposit sewa perlu dibayar sehingga ke 2-3 bulan sewa.
Pengurusan restaurant memerlukan tukang masak yang
cekap dan pantas. Ini bagi memastikan menu-menu disediakan menepati citarasa
pelanggan dan permintaan semasa. Pekerja-pekerja yang cekap juga sangat
diperlukan untuk memberi servis yang terbaik kepada pelanggan.
Ia suatu bisnes yang rumit
tetapi mampu dilakukan dengan pengurusan yang baik oleh pemilik dan pengurus
restoran.
Tips Menyiang Ikan
Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Kalau dulu-dulu setiap kali nak beli
ikan di pasar malam, bila balik rumah malas betul nak menyiang ikan.
Malas tu satu hal, tambah fikir nanti rumah pun bau busuk perut ikan sementara
nak tunggu buang kat luar rumah esok pagi. Kalau buang waktu malam, habis
dikoyakkan kucing liar di luar sana.
Satu cara yang mudah nak elakkan semua tu, suruh adik penjual ikan siang siap-siap ikan tu. Balik rumah tinggal basuh aje. Tetapi kadang kala orang yang menunggu giliran tu ramai. Maghrib pun dah hampir jadi terpaksalah siang sendiri.
Satu cara yang mudah nak elakkan semua tu, suruh adik penjual ikan siang siap-siap ikan tu. Balik rumah tinggal basuh aje. Tetapi kadang kala orang yang menunggu giliran tu ramai. Maghrib pun dah hampir jadi terpaksalah siang sendiri.
Jadi kalau puan-puan risaukan bau busuk perut ikan tu nanti boleh cuba tips ini. Setelah siang ikan, semua perut ikan tu dimasukkan ke dalam plastik. Pastikan yg tiada air ikan dalam plastik. Tebuk sikit lubang pada plastik tersebut agar air dapat keluar dan selepas itu ikat plastik tersebut. Kemudian bungkus plastik tersebut dengan helaian suratkhabar yang tebal. Masukkan bungkusan itu ke dalam plastik lain dan ikat. Simpankan ia di dalam freezer. Dengan cara ini kita tak perlu risau rumah kita berbau busuk. Kita juga tidak perlu tergesa-gesa membuangnya kerana lori sampah mungkin datang mengambil sampah di kawasan rumah kita 2 hari sekali. Bila tiba hari tersebut keluarkan dan buang di tong sampah depan rumah. Kucing pun tidak akan menyelongkar tong sampah sebab kurang bau yang dapat menarik perhatian mereka.
Rumah tidak berbau busuk, tong sampah pun tak berselerak. Cubalah.
Kelas Masakan
Kelas masakan bukan sahaja terhad kepada bakeri. Tetapi sejak kebelakangan ini, suri rumah banyak tertumpu kepada kelas-kelas kek dan pastri. Mungkin kerana jenis makanan sebegini harganya lebih mahal untuk dibeli, jadi lebih baik kita laburkan sedikit wang dan belajar. Agak-agak terasa nak makan kek Red Velvet bila-bila masa aje dah boleh makan tak perlu nak tunggu dua tiga hari baru dapat.
Kalau suri rumah yang berfikir ke arah menjana pendapatan tambahan, selepas pergi kelas boleh berlatih buat di rumah. Bagi jiran-jiran, kawan ofis rasa. Bila dah rasa yakin, boleh mula ambil tempahan. Dapat balik duit modal pergi belajar kan.
Di sini saya senaraikan beberapa kelas memasak. Senarainya akan saya kemaskinikan dari semasa ke semasa.
1. MySugarClass, Saujana Utama
http://mysugarclass.com/
2. Citra Klasik, Kajang
Kalau suri rumah yang berfikir ke arah menjana pendapatan tambahan, selepas pergi kelas boleh berlatih buat di rumah. Bagi jiran-jiran, kawan ofis rasa. Bila dah rasa yakin, boleh mula ambil tempahan. Dapat balik duit modal pergi belajar kan.
Di sini saya senaraikan beberapa kelas memasak. Senarainya akan saya kemaskinikan dari semasa ke semasa.
1. MySugarClass, Saujana Utama
http://mysugarclass.com/
2. Citra Klasik, Kajang
http://www.facebook.com/citraklasik
3. Kelas Roti bersama Pn Nor Jannah
Sik, Kedah
http://www.facebook.com/ibu.khadijah
4. Kelas Memasak bersama Chef Arm (Johor Bahru)
http://chef-arm.blogspot.com/
http://www.facebook.com/chef.arm
5. Akademi Bakeri Zati D'hati (Kuantan)
6. Chef Asma Culinary Studio
Sik, Kedah
http://www.facebook.com/ibu.khadijah
4. Kelas Memasak bersama Chef Arm (Johor Bahru)
http://chef-arm.blogspot.com/
http://www.facebook.com/chef.arm
5. Akademi Bakeri Zati D'hati (Kuantan)
6. Chef Asma Culinary Studio
7. Love Liana
8. Citarasa Asli, Kuala Lumpur
9. Kelas Nasi Arab Ustazah Wan Habsah
https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
10. Lynn Hassan
8. Citarasa Asli, Kuala Lumpur
9. Kelas Nasi Arab Ustazah Wan Habsah
https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
10. Lynn Hassan
Monday, April 1, 2013
Menghitung hari - 01.04.13
Tinggal 4 hari lagi saya akan memegang jawatan baru. Moga selepas ini lebih fokus kepada keluarga dan kerja-kerja lain.
Dapatkan Ebook Super Wahm Super Mom di Buku Online
Sunday, March 31, 2013
Selagi ada peluang -31.03.13
Teks : Aishah Hussein
Fto: Carian Google
Semalam, setelah pusing-pusing kota,
petangnya saya habiskan masa saya bersama keluarga abang. Namanya pun hari keluarga. Sambil berborak-borak kosong dengan kakak
ipar, banyak ilmu dan tips tentang bisnes yang saya saya dapat walaupun beliau
hanya melakukan bisnes kecil-kecilan sahaja.
Pada pandangan kita sikit sahaja pulangannya tetapi rupanya sangat
membantu meringankan beban kewangan keluarga.
Walaupun tiada kaitannya dengan
bidang masakan tetapi berkaitrapat dengan bisnes secara amnya.
Ini pandangan dari seorang suri rumah
yang banyak membantu menjana pendapatan untuk keluarganya. Walaupun beliau suri rumah sepenuh masa, tetapi
beliau bijak menggunakan peluang yang ada di sekeliling untuk menjalankan
bisnes. Sebenarnya banyak benda yang
boleh dijadikan bisnes. Cuma kena
pro-aktif sama ada dalam mencari produk mahupun
mencari peluang.
Kongsi beliau, kita boleh mulakan
bisnes secara kecil-kecilan. Dengan
modal yang sedikit kita boleh beli barang-barang secara pukal dan menjualnya
dengan mengambil untung yang berpatutan.
Pesannya tak perlu ambil untung banyak, sekadar pulang modal dan tambah
sikit untuk mendapatkan untung.
Kelonggaran bagi pelanggan untuk
membayar secara ansuran juga dilihat sebagai
satu jalan untuk mendapat duit belanja di hujung bulan. Kalau bagi orang yang nak cepat dapat duit,
memang nak masa tu juga duit, tetapi berbeza dengan beliau. Bila kita bagi pelanggan bayar secara
ansuran, tentunya mereka akan bayar pada hujung bulan. Jadi di hujung bulan, kita juga seperti
mendapat gaji tetap di hujung bulan.
Tetapi syaratnya mesti pelanggan
yang boleh dipercayai, kalau tak memang tak pulang modal lah nampaknya.
Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki
ke universiti mahupun ke kursus-kursus usahawan, beliau mampu mencari pelanggan
dengan mudah. Sekali-sekala pergi
minum-minum di kedai-kedai atau warung.
Niatnya bukan kerana nak membazir duit untuk saja-saja pegi minum, tetapi
menggunakan peluang mencari sasaran pelanggan.
Sambil-sambil minum bertegur sapa dengan orang sebelah meja. Dengan hanya membuka topik yang berkaitan
dengan orang tersebut, dia sudah dapat menarik mereka dari kenalan menjadi
pelanggan. Soalan-soalan yang
mudah-mudah sahaja yang digunakan.
Tinggal di mana. Kerja mana. Buat apa. Sambil-sambil tu hulurkan katalog
atau pamphlet “Travel percutian sambil shopping di Bandung”. Nanti pelanggan akan menyusul telefon, kalau
bukan dia sendiri tetapi mungkin kawan-kawan dia. Ini adalah salah satu teknik pemasaran offline yang saya bincang kan di dalam entri
lepas.
Saya sungguh kagum dengan semangat
kental dia berniaga. Walaupun bisnes
yang dia buat itu hanya kecil-kecilan tetapi kerana semangatnya untuk menjana
pendapatan tambahan untuk keluarga menjadikan dia seorang yang rajin
menggunakan peluang yang ada di depan mata.
Saturday, March 30, 2013
Kursus Pengendalian Makanan
Foto: Carian Google
Ada beberapa agensi-agensi swasta yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menawarkan kursus pengendalian makanan. Antaranya seperti di bawah. Saya akan cuba kemaskinikan senarai ini kepada senarai yang terkini.
Subscribe to:
Posts (Atom)










