Wednesday, April 10, 2013

Senarai Kedai Bahan dan Peralatan Bakeri

Teks : Aishah Hussein

Kalau 20 tahun dulu, hendak mencari bahan-bahan untuk membuat kek memang susah nak jumpa kedai yang diyakini kehalalannya.  Tetapi kini setelah kita sudah ada ilmu, kita sudah boleh membuat pilihan di mana kita nak membeli bekalan bahan bakeri kita.  Kalau pun kedai itu bukan milik muslim tetapi bahan-bahan yang dijual sudah ada cop halal Jakim.  Setidak-tidaknya kita pun akan semak di internet atau di forum-forum yang mewar-warkan kehalalan sesuatu bahan itu.

Saya lebih suka membeli bahan-bahan di kedai khusus menjual bahan untuk bakeri.  Di sini harga barang-barangnya lebih murah berbanding di pasaraya-pasaraya.  Atau kadang-kala pula di pasaraya harganya lebih murah tetapi mungkin bukan jenama yang elok seperti di kedai bahan bakeri.  Tetapi sebagai pembeli, kita harus membuat perbandingan agar pembelian kita berbaloi dengan modal untuk membuat produk kita.

Di sini saya senaraikan kedai-kedai bakeri di Klang Valley yang saya selalu pergi untuk mendapatkan bahan-bahan.  Saya juga akan cuba dapatkan juga senarai di kawasan lain.  Sekiranya kawan-kawan ada senarai kedai di tempat kalian, bolehlah mewar-warkan di sini.  Boleh kita kongsikan di sini untuk panduan kawan-kawan yang lain.  Berkongsi untuk kebaikan ummah. 

MALAYSIA
Selangor/Kuala Lumpur

Shah Alam,
52 -58, Jalan Ragbi 13/30,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 5511 3618/ 5511 0688

Melawati,
214 -215, Jalan Negara 2,
Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603 4106 0688/ 4161 3752

Kota Damansara,
A-6-G Block A, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari "DE" Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 6142 1378/ 6145 0828

Klang,
27 & 29, Lorong Batu Nilam 21C,
Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan,
Tel: 603 3324 0288/ 3318 6016

Seri Kembangan,
21, 23 & 25, Jalan BPP 5/7,
Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8959 1187/ 8957 1189

Kajang,
3A, Jalan Jelok 6, Metro Point,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 8736 5688/ 8740 6018.


Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
No. 30 & 32, Persiaran Puteri Satu, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
(Opposite GIANT Hypermarket, Bandar Puteri)
Tel: 03 - 8060 1828 Fax: 03 - 8061 0828

Cawangan
Petaling Jaya
6, Jalan SS 24 / 13, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 – 7804 9361

Chow Kit - Jalan Raja Laut
29 & 33, Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2692 7623 Fax: 03 - 2694 5668

Bangi
32, Jalan Medan Pusat 2C, 43650 Bandar Baru Bangi Tel : 03-8927  5508

Taman Tun Dr Ismail
TS123 - TS125, Pasar Besar TTDI, 60000 Kuala Lumpur Tel: 03 - 7727 6073 


Shah Alam

De Manis Enterprise [Bake With Yen] 82,Jalan Badminton 13/29, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5519 8318 



International Centre of Cake Artistry Sdn Bhd
Wisma ICCA, 1,
Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,Selangor, Malaysia
Tel : 03-6140 8835 Fax : 03-6142 1501

Cawangan 
16-B, 1st & 2nd Floor, Jalan 14/20, Section 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-7960 0388 Fax : 03-7960 6833

Sri Hartamas
No. 8-2, 2nd Floor, Jln. 28/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel : 03-2300 1869
Fax : 03-2300 1867

Yummie Bakery Lot 313,Kompleks Diamond, Jln Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 8210 1588

Pastry Pro Sdn Bhd 8 Jalan 3/37A, Industrial Area,Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Chang Thung Sdn Bhd No 26,Jalan SS 24/13,SS24, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 

Chang Tung Sdn Bhd 26,Jalan SS24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7804 6866 

LMC Bakery World 1,Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel : 6140 3823 


My Choice Trading No 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5510 4198 Faks : 03 5512 2449 

Pandan Pusat Bekalan Bakeri
Seksyen 7, Shah Alam, berhampiran dengan Jakel
http://jomkepandan.blogspot.com/ 


 BS BAKERY SHOP
 209, Batu 1 1/2, Jalan Meru, 41050, Klang 


ROSE BAKERY SUPPLIES
13G, Jalan Samudera Utara 11, Prima Samudera, 

Batu Caves


SINGAPORE

Sun Lik Trading
33 Seah Street, Singapore 188389
Tel: +65 6338 0980


Bake It Yourself
182 Bukit Timah Road (near Newton Circus), Singapore 229853
Tel: +65 6100 2253
http://www.b-i-y.com


Kitchen Capers
Block 71 #01-531F Kallang Bahru Singapore 330071
Tel : +65 6392 0159

http://www.kitchencapers.net/ 


ToTT Store
896 Dunearn Road 01-01A Singapore 589472
Tel: +65 6219 7077
http://www.tottstore.com/ 


online store:
http://store.bisousatoi.com/ 


Ang Mo Kio Specialty Store with Baking Class Blk 422, Ang Mo Kio Ave 3, #01-2526 Singapore 560422. Tel: 64580016 Fax: 64580017



Bedok Specialty Store Blk 215, Bedok North Street 1, #01-83 Singapore 460215. Tel: 64467297 Fax: 62427400



City Specialty Store 171 Bencoolen Street, Singapore 189641. Tel: 63381143 Fax: 63394831



Geylang Specialty Store with Hands-On Baking Workshop Geylang Lot 23, One Sims Lane, #01-10 Singapore 387355. Tel: 68467825 Fax: 68468520



Holland Village Specialty Store Special Baking Class Blk 44, Jalan Merah Saga, #01-48, Chip Bee Garden, Singapore 278116. Tel: 64715250 Fax: 64794210



Hougang Specialty Store with Baking Class Blk 804 Hougang Central, #01-134 Singapore 530804. Tel: 62818175 Fax: 63874655



Jurong Specialty Store with Baking Class Blk 134 Jurong St.13 #01-311 Singapore 600134. Tel: 68962703 Fax: 65665989



Sembawang Specialty Store Sembawang MRT Station #01-02 Singapore 759775. Tel: 67520089 Fax: 67540875



Lee Bee Enterprises Co. Blk 507 Jurong West St. 52, #01-154 Singapore 640507. Tel: 66655972 Fax: 656662645



Simei Specialty Store Blk 248, Simei St 3, #01-120 Singapore 520248. Tel: 62606180 Fax: 65870721



Toa Payoh Specialty Store (Inside NTUC) Blk 192 Lor 4 Toa Payoh, #01-674, Singapore 310192. Tel: 63539136 Fax: 63533304



BRUNEI
Le Apple Bakery Mart 26,Bangunan Haji Abdullah,Menglait, Jalan Gadang, Brunei Darul Salam. Tel : 673-2-423 789




 
 

Tuesday, April 9, 2013

Cekodok Jagung Teh tarik

Teks: Aishah Hussein

Juadah ini adalah juadah yang paling digemari oleh suami dan anak sulung saya.  Kalau saya buat memang satu besen pun boleh habis dikerjakan dua orang ini.

Cekodok Jagung
Bahan-bahan:
3 tongkol jagung dihiri-hiris isinya
4 cawan tepung
Bawang Merah dihiris
Cili merah dihiris
Ikan bilis - jika suka
Garam
kalau suka boleh letak lada hitam sedikit
Air untuk membancuh

Cara-caranya:
 1.   Gaulkan jagung ke dalam tepung dan tambahkan garam secukup rasa.
 2.   Bancuh tepung dan jagung dengan air.
 3.   Bancuhan biarlah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
 4.   Goreng cekodok dalam minyak yang panas.
* Resipi di atas boleh diubahsuai mengikut kehendak masing-masing.  Jika suka jagung lebih banyak dari tepung, boleh kurangkan tepung atau lebihkan bilangan jagung.
  
Teh Tarik
Apa kata hari ni kita buat teh tarik di rumah.  Asyik minum kat kedai mamak aje.  Kita pun boleh buat teh tarik sehebat teh tarik mamak. 
Untuk mendapatkan warna teh tarik yang menarik, serbuk teh mestilah dimasak di dalam air yang panas.  Kalau boleh rebus teh sehingga ia betul-betul kembang.
Untuk mendapat rasa dan bau teh yang harum, bolehlah dicampur pelbagai jenis teh.  Contohnya teh boh, teh lipton atau kalau ada serbuk teh-teh yang lain.{ini yang saya baca di internetlah, tapi saya sendiri campur apa yang ada aje}
Selepas dah kembang teh, tapiskan air ke dalam teko dan letak susu pekat mengikut selera masing-masing.  Jika yang tidak mahu susu pekat, boleh juga dicampurkan susu serbuk hiraq.  Memang sedap.

Monday, April 8, 2013

Jenis-jenis Pastri

Teks: Aisah Hussein
Foto: Carian Google  
 
Pastri Shortcrust – Pastri asas yang menggunakan lemak yang dicampurkan kepada tepung menggunakan teknik ramasan, contohnya seperti quiche.

Pastri Shortcrust Manis – Pastri yang menggunakan teknik ramasan tetapi ditambah gula untuk membuat pai jenis manis seperti Pai Epal.


Pastri Choux – Pastri yang ringan, rangup dan menghasilkan bun yang kosong di dalamnya.  Selalunya di tengahnya akan diisikan dengan inti seperti krim atau sos kastad contohnya seperti Eclairs dan Cream Puff.




Pastri Puff – Pastri yang nipis dan mempunyai helaian berlapis-lapis..  Pastri ini mengambil masa untuk menyediakannnya.  Pastri jenis ini sesuai untuk digunakan untuk Pie.
Pastri Filo – Pastri yang nipis seperti helaian sama seperti Pastri puff tetapi cara pembuatannya adalah berbeza.  Pastri jenis ini sesuai untuk disiisi dengan inti yang manis mahupun pedas.  Contohnya Baklava dan Strudel.

Hari pertama bergelar WAHM - 08.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hari pertama bergelar WAHM.  Tiada apa yang beza cuma saya tidak perlu bergegas ke pejabat dan jadual di waktu petang pula mengambil anak di sekolah.  Namun pagi ini saya akan meneruskan rawatan fisioterapi.  Jadi saya akan mengharungi kesesakan lalulintas juga sebentar lagi.  Harapan saya moga saya akan dapat lebih fokus kepada keluarga, blog dan ebook saya.




Untuk pembelian buku Super Wahm Super Mom sila ke Buku Online
atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com.


Sunday, April 7, 2013

Keterujaan dengan Ebook yang bakal terbit - 07.04.13

Teks: Nor Aisah Hussein

Semalam semasa Pn Masayu (mentor) memaparkan cover ebook pertama saya 101 Idea Bisnes Makanan di facebook, saya rasa macam tidak percaya.  Macam bermimpi pulak.   Dalam masa tidak sampai sebulan mengikuti Kelas Asas Blog secara online, sudah banyak tips penulisan yang saya pelajari dari beliau.  Dan sekarang cover ebook saya juga sudah siap.  Hanya menunggu saya menyiapkan beberapa tugasan lagi untuk dimasukkan ke dalam ebook tersebut. 



Semasa mula-mula saya mendaftar untuk kelas asas blog ini, saya tak perasan pun yang di akhir pembelajaran pelajar tersebut akan menghasilkan ebook penulisan bersama Pn Masayu.  Bila diberitahu oleh mentor selepas itu, saya macam terfikir.  Bolehkah saya hasilkan ebook.  Menulis pun lintang pukang, inikan pula nak menghasilkan ebook.  Tetapi setelah 1 minggu saya mendapat tunjuk ajar dari mentor, barulah saya nampak ke mana hala tuju Kelas Asas Blog yang saya ikuti ini.  Bimbingan tentang blog dan tips penulisan yang diajar membantu kami dari Alumni Penulis dari Rumah ini ke arah sasaran masing-masing.

Untuk mencapai sasaran, Puan Masayu seringkali mengingatkan kami supaya sentiasa menulis.  Setiap hari harus ada entri di blog walaupun sedikit.  Ini adalah antara tips untuk memantapkan penulisan.  Bila setiap hari menulis, lama-lama kita akan jadi biasa, idea pun meluncur di hujung jari (Ayat power dari mentor).
 
Belumpun sampai 1 bulan, saya sudah hampir mencapai sasaran saya iaitu penghasilan ebook saya sendiri.  Di dalam ebook tersebut saya kan berkongsi pengalaman-pengalaman dari usahawan-usahawan bisnes makanan.  Tidak mengira apa juga jenis penglibatan dan sumbangan mereka tetapi semuanya berkaitan dengan bidang makanan.

Antara usahawan-usahawan terkenal yang akan dipaparkan di dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan, ialah seorang usahawan yang saya telah lama saya kenali melalui alam maya.  Beliau merupakan seorang Chef, seorang Pengajar dan kini beliau adalah seorang Penulis.  Kalau dulu beliau lebih banyak menurunkan ilmu dan resipi di blog-blog tetapi kini resipi beliau boleh diperolehi di buku-buku.

Seorang lagi usahawan yang mungkin menarik minat suri rumah juga adalah seorang Selebriti Chef, Pengacara TV, Penulis Buku Resipi dan juga kini Duta Produk Makanan.  Mereka semua akan berkongsi pengalaman dan tips-tips untuk berjaya dalam bidang bisnes makanan.  Nantikan kemunculan mereka! 

Semoga paparan di dalam ebook ini akan dapat membantu lebih ramai usahawan dan bakal usahawan diluar sana untuk mendapatkan panduan dalam bidang ini. 
 
Terima kasih kepada Allah kerana memudahkan segala urusan saya.  Moga penerbitan ebook saya ini juga dipermudahkan dan berjalan lancar.

Bagi sesiapa yang bercita-cita ingin menghasilkan blog yang santai tetapi berinformasi,  boleh mula mendaftar di http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan




Saturday, April 6, 2013

Hari Kenduri - 06-04-13

Hari ini adalah hari kenduri.  Jadi tak sempat nak mengemaskini tugasan berinformasi di blog saya.  Dua tiga hari tertunggak sebenarnya kerana sibuk dengan tugasan pejabat.  Walaubagaimanapun malam-malam masih sempat lagi memasukkan entri.  Tetapi hari ini memang tak sempat.  Kenduri tengah hari ini di luar kawasan KL, malam sambung di rumah abang ipar.

Mudah-mudah saya akan lebih fokus esok.

Buat sementara waktu kalian bolehlah singgah ke kedai Buku Online  atau
 di blog saya http://buku-online4u.blogspot.com/

Untuk sebarang pertanyaan tentang buku atau Kelas Asas Blog

 sila emel ke noraisah.hussein@gmail.com

Tempat Jatuh lagi dikenang - 05.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Akhirnya tiba hari yang dinanti-nanti.  Setelah hampir 22 tahun berkhidmat, saya akhirnya meletak jawatan untuk bersama dengan keluarga.  TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG inikan pula tempat..apa ya.  Ini adalah tempat pertama dan terakhir saya bekerja.  Pindah tempat bekerja memanglah ada.  Dari tingkat 10 ke tingkat 9.  Dari tingkat 9 ke tingkat 6 kemudian ke rumah kedai.  Tetapi masih tetap majikan yang sama. Dari masih anak dara sehinggalah dapat anak tiga, saya masih setia di sini.  Ia adalah tempat saya mencari rezeki selama 21 tahun.

Semalam juga majikan memberi bonus kepada pekerja-pekerjanya bagi servis tahun lepas.  Tetapi bagi pekerja yang tidak setia seperti saya, bonus tidak dibayar, walaupun saya masih memberi servis kepada syarikat pada tahun lepas.  Berapa lamakah tempoh agaknya diperlukan oleh seorang pekerja untuk membuktikan kesetiaan kepada majikannya.  25tahun? 40tahun?

Walau bagaimanapun, di dunia ini hanya ada satu majikan sahaja yang pemurah.  Jadi, saya rasa saya tidak perlu susah hati mahupun berkecil hati.   Hanya pada MAJIKAN ini yang saya patut minta bonus.  Dan MAJIKAN ini juga telahpun memberikan saya bonus kepada saya tanpa saya sedar.  DIA kurniakan saya bonus yang tidak ternilai iaitu sahabat-sahabat handai yang banyak membantu saya waktu susah dan senang.  Tidak kira lelaki mahupun perempuan.  Terima kasih Allah.  Sewaktu saya berbicara dengan En Suami sewaktu dalam perjalanan ke rumah dari pejabat petang sesemalam, tanpa saya sedari airmata mengalir laju.  Sedih bukan kerana saya tidak diberi bonus tetapi kerana saya akan merindui sahabat-sahabat saya.

Wahai sahabat.  Perhubungan kita tidak akan berakhir di sini sahaja.  Moga ia kekal hingga ke akhir hayat.

Thursday, April 4, 2013

Roti Loyang

Teks : Aishah Hussein

Resepi ini dikongsi oleh salah seorang Usahawan Roti di utara sana.
Terima kasih Liza Othman kerana berkongsi resepi yang mudah ini.
Hujung minggu ini boleh cuba ye puan-puan.

                                                      Foto: Liza Othman


Roti Loyang
Bahan-bahan:
500gm tepung roti (boleh juga gunakan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver (boleh diabaikan jika tiada)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

Cara-caranya:

1.      Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan.
2.      Masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
3.      Perap 30minit buang angin
4.      Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
5.      Bakar suhu 180c



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...