Sunday, December 15, 2013

Zaman dah berubah mak ngah

Teks: Aishah Hussein

Bulan Disember semakin banyak jemputan kahwin yang perlu dihadiri.  Saya sendiri ada dua jemputan kenduri kahwin sanak saudara di sebelah utara.  Semalam sudah selesaikan satu jemputan di Kedah.

Mengimbau kembali zaman kita dulu-dulu kawin, setiap tetamu yang datang akan diberi bekas telur.  Kadang-kadang diletak dalam kotak.  Kalau yang ada bajet lebih maka lebih cantik bekas telur yang disediakan.

Kini zaman sudah berubah.  Boleh dihitung dengan jari majlis kenduri yang masih memberi bekas telur kepada tetamu.  Ramai yang sudah menggantikan telur ayam dengan benda lain sebagai buah tangan untuk dibawa pulang antaranya gula-gula, bahulu ataupun cawan-cawan tembikar mengikut kemampuan masing-masing.  Buah tangan ini akan dimasukkan ke dalam bag kertas ataupun dipanggil "goody bag".

Yang terbaru saya terima bekas tin yang diisi dengan telur puyuh  berlapik dengan tali-tali menyerupai sarang burung dan diberi bekas kaca untuk hiasan yang cantik.  Ringkas tetapi menarik.  Bagi yang tidak mampu mungkin boleh cari idea-idea yang menarik tetapi murah harganya.  Jika pergi ke Nilai 3, banyak barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan untuk dimasukkan ke dalam bag "goody".  Yang penting majlis walmatul urus berjalan lancar.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagi yang berminat menyumbang berapa sahaja, untuk kelengkapan berikut buat mangsa banjir :
Telekung solat, kain pelikat, kain batik.
(Penghantaran akan dibuat pada hari Rabu inshaallah).

Salurkan derma ikhlas kalian ke akaun ini :
Maybank (114115128467 NOR AISAH HUSSEIN) Atau
CIMB (14240016233520 NOR AISAH HUSSEIN)

Terima kasih atas sumbangan kalian.
Ihsan kasih : Akademi Bekerja Di Rumah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...