Monday, May 12, 2014

Ambil tahu aliran kewangan bisnes

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Ilmu tidak pernah terhenti sehingga setakat mendapat sijil/ijazah.  Ia akan berterusan sehingga ke akhir hayat kita.  Ilmu dunia dan akhirat harus diimbangi agar kebahagian di sana dapat kita kecapi nanti.

Pada hari Sabtu lepas, Akademi Bekerja di Rumah buat julung kalinya mengadakan kelas akaun secara offline.  Bengkel Asas Akaun telah diadakan di Shah Alam dari pukul 9pg hingga pukul 6ptg.  Saya di sana sebagai wakil dari ABDR dan sambil-sambil itu saya juga turut mneyerap ilmu bersama peserta.   Sesi petang peserta sudah diberi tugas berkumpulan untuk membuat case study. Pening juga bagi saya yang tiada asas akaun.  Tetapi saya dapat lihat keseronokan dari peserta-peserta menyerap ilmu akaun.

Bengkel ini sangat-sangat sesuai bagi mereka yang tiada asas akaun.  Tidak tahu menguruskan kewangan bisnes atau tiada masa untuk uruskan kewangan bisnes.  Walau kita serahkan kepada orang lain untuk uruskan kewangan bisnes tetapi kita perlu ambil tahu apa yang terjadi dalam aliran kewangan bisnes agar kita tidak ditipu.

Bagi yang ingin sertai bengkel yang sama, kami akan mengadakan pada 14 Jun 2014.  Kami sudah buka pendaftaran sekarang.








Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran
Hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...