Tuesday, April 16, 2013

Kerja tertangguh- 16.04.13


Teks: Aishah Hussein

Hari ini meneruskan rawatan fisioterapi yang masih berbaki.  Jadi semua tugasan akan tertangguh ke sebelah petang.  Macam-macam jenis cadangan dari sahabat handai sebagai amalan untuk menyembuhkan dan meredakan penyakit ini.  Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memilih yang mana betul-betul serasi.  Terima kasih Allah atas dugaanMU.















Ensiklopedia Solat  dan  Al-Quran Digital Al-iman.  Sesuai dijadikan hadiah.
Dapatkan  di Buku Online

Monday, April 15, 2013

Seminggu sebagai WAHM - 15.04.13

Teks: Aishah Hussein

Sudah seminggu rupanya saya menjadi WAHM.  Masih baru lagi untuk saya memberi komen untuk kehidupan baru saya ini.  Cuma perbezaan yang ketara antara kehidupan dulu dan sekarang ialah masa. 

Masa 24 jam itu seolah-olah tidak cukup buat saya.  Minggu ini saya bercadang untuk membuat senarai semak untuk segala tugasan saya.  Kalau tak memang tak tahu nak buat mana satu.  Semua nak buat, akhirnya terbengkalai.  Mana nak kejar ambil anak, nak berkemas rumah dan nak selesaikan tugasan ebook.

Dan sekarang sudah tambah skop menjadi guru online.  Alhamdulillah.  Terima kasih Allah dan juga Puan Masayu kerana memberi kepercayaan kepada saya.  Moga jadual waktu saya semakin bertambah teratur hendaknya.

 
 Kelas Asas blog masih dibuka.
Sila daftar di http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Kemahiran Pemasaran

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Untuk memulakan bisnes, anda perlukan produk yang terbaik  yang memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Walaubagaimanapun,  sebaik manapun produk kita , tanpa kemahiran pemasaran, produk kita tidak akan ke mana.

Di dalam entri lepas saya ada menceritakan beberapa teknik pemasaran online dan offline.  Untuk memantapkan teknik-teknik pemasaran, kita boleh hadiri beberapa seminar dan bengkel pemasaran yang kini sudah banyak ditawarkan.  Ada juga yang ditawarkan secara online iaitu melalui ebook. 

Antara seminar yang terkenal yang sering disebut-sebut di kalangan usahawan adalah seperti seminar bersama Dr. Azizan Osman.  Di dalam seminar beliau banyak berkongsi tips dan idea teknik pemasaran yang beliau sarankan.  Tips beliau yang saya rasa memang benar dan patut diamalkan ialah:

“Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain. Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.”  
– Dr Azizan Osman

Di dalam Islam juga memang disarankan untuk berkongsi ilmu kerana ilmu itu datangnya dari Allah. 

“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/gantinya.” (HR.Bukhari dan Muslim).

Tetapi tak kanlah semua nak percuma.  Mereka pun nak mencari makan melalui ilmu yang dikurniakan kepada mereka. 

Jadi siapa-siapa yang nak kukuhkan perniagaan tidak kira bisnes online atau offline, pergilah mencari ilmu.

Untuk teknik pemasaran online, banyak bengkel yang mengajar cara untuk gunakan facebook bagi melariskan jualan.  Pilih dan daftarlah mengikut kemampuan masa dan wang.

             Ebook Super Wahm Super Mom.  Dapatkan di Buku Online


Sunday, April 14, 2013

Bisnes Masakan dari Rumah (Home-based) - 25.03.13

Teks : Aishah Hussein
         
Bisnes masakan sangat sesuai untuk suri rumah yang duduk di rumah tetapi ingin menjana pendapatan bagi meringankan beban keluarga.   Dan juga sesuai bagi suri rumah yang sudah ada kerjaya tetapi ingin menambah sumber pendapatan tambahan tanpa perlu meletak jawatan yang sedia ada.  Bisnes masakan di rumah seperti hanya menambah menu tambahan kepada masakan yang sememangnya kita lakukan setiap hari.

Mungkin ramai juga yang fikir susah untuk memiliki bisnes masakan.  Tetapi dengan beberapa langkah yang mudah dan pelaburan wang yang sedikit, kita mampu memulakan bisnes masakan dan mendapat pulangan modal yang cepat.  Apa yang penting adalah mencari produk yang pelanggan mahu contohnya membuat sambal tumis resipi keluarga, muffin atau biskut yang lebih lazat dari yang boleh didapati di pasaran.  Setelah itu kita boleh mula pakejkan dan pasarkan.

                                                     Foto:  www.nst.com.my
 
Jika kita memang terfikir untuk menjalankan bisnes masakan secara home-based tetapi tiada kemahiran di dapur, kita harus mula mencari kelas-kelas memasak.  Kemahiran memasak adalah suatu perkara yang wajib.  Dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas masakan, bukan sahaja kita menambahkan kemahiran memasak tetapi juga menambah pengetahuan tentang peralatan dan bahan-bahan masakan yang digunakan. Kita juga akan didedahkan cara pengendalian makanan supaya masakan kita sentiasa terpelihara dari sebarang pencemaran.  Dengan itu kita dapat mengukuhkan kemahiran asas dalam bidang masakan.
                                                       Foto: bakingfix.com
 
Sekarang sudah ada banyak kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh kita pilih untuk hadir.  Boleh rujuk kepada entri saya di sini.  Kalian boleh mulakan dengan kelas-kelas yang sederhana yurannya.  Untuk bisnes dari rumah, kelas-kelas yang sederhana ini juga sudah memadai kerana ramai juga ahli bakeri yang lahir sekarang hanya bermula dengan menghadiri kelas-kelas yang sederhana sahaja.  Walaubagaimanapun, jika ingin pergi lebih jauh dalam bidang bisnes ini, adalah lebih baik hadir ke kelas-kelas yang mengeluarkan sijil-sijil.  Dengan itu kredibiliti kita tidak akan dipersoalkan.



                      Dapatkan pakej ebook Super Wahm Super Mom dan Jana Wang di Rumah
                          di Buku Online dan http://buku-online4u.blogspot.com/

           




Menyiapkan tugasan - 14.04.13

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Semalaman menjalankan tugasan ala-ala wartawan.  Menyusun ayat-ayat hasil dari temuramah dengan seorang chef pada hari Jumaat.  Masih lagi belum selesai, maklum wartawan tidak bertauliah ini sudah keras skil menulisnya.

Bukan senang untuk menyusun kembali dari catatan jawapan.  Tetapi Alhamdulillah sesi temuramah berjalan lancar.  Nantikan kemunculannya.






Sumber: Bab 3 super wahm super mom dapatkan di Buku Online atau 
di http://buku-online4u.blogspot.com/
 

Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan, pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya ada ramai sahabat seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
 

Perkongsian Noor Hidawati.

Saturday, April 13, 2013

Hari menambah ilmu - 13.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hari ini sudah berjanji dengan si adik untuk ke kedai buku.  Adik sedang bersemangat untuk menulis buku cerita.  Jadi hari ini akan membawa dia ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan untuk buku ceritanya.  Sudah kena tempias Buku Online agaknya.

Sebenarnya saya suka memberi semangat kepada anak-anak untuk meneroka minat mereka.  Tetapi mengikut kemampuan keluarga.  Kalau keluarga berada, nak buat apa pun boleh.  Jadi saya sentiasa  ingatkan mereka akan kedudukan keluarga kami.  Mudah-mudahan mereka faham.

                                                  Ebook Super Wahm Super Mom - RM25

 

                                                   Promosi Pakej - Dua Ebook RM50.00

                                     Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline

 

Untuk pembelian ebook di atas sila ke Buku Online dan  http://buku-online4u.blogspot.com/

atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com untuk pertanyaan. 


Friday, April 12, 2013

Restoran 24 Jam

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Restoran 24 jam adalah restoran yang beroperasi sepanjang masa, yakni 24 jam.
Selalunya restoran jenis ini berada di sekitar universiti, kolej dan juga kawasan perumahan.

Bila kita sebut restoran 24 jam ini, dalam kepala saya hanya terfikir restoran mamak.  Tetapi ada juga restoran lain contohnya restoran makanan segera seperti Mc Donald atau KFC.  Cuma restoran mamak ini memang yang paling digemari oleh pelanggan.  



Sasaran pelanggannya adalah pelajar-pelajar yang suka melepak di kedai-kedai makan pada waktu malam.  Mereka ini selalunya suka melepak di situ kerana selalunya restoran sebegini menyediakan wifi secara percuma.  Sambil-sambil borak sambil membuat tugasan atau kertas kerja.  Kadang-kadang bukan untuk buat tugasan tetapi sebab keperluan online untuk melayari laman web.  Dengan hanya oder segelas air sahaja pun mereka sudah boleh online sepanjang malam.


Bukan sahaja pelajar kolej tetapi ahli perniagaan online juga suka menggunakan restoran mamak sebagai tempat mereka berbincang dan berniaga.  Kemudahan wifi percuma memang menarik pelanggan yang memerlukan perkhidmatan wifi untuk urusan penghantaran emel dan penggunaan laman sosial.

Restoran mamak ini juga bukan sahaj menyediakan wifi percuma tetapi ada juga yang menyediakan skrin besar untuk menonton bola dan sebagainya.

Ada buruk dan baiknya kebenaran untuk membuka restoran 24 jam ini.  Pihak berkuasa juga harus memantau supaya trend melepak di kedai-kedai sebegini tidak mendatangkan gejala sosial pula kepada masyarakat.





 

Jururawat Kucing - 12.04.13

Teks: Aishah Hussein

Semalam saya rasa betul-betul penat. Dari hari Isnin ke hulu ke hilir, menghantar dan mengambil anak.  Sekarang baru saya tahu tugas seorang suri rumah sepenuh masa(SAHM) ini bukanlah mudah.  Walaupun sebenarnya memang kita semua pun sudah maklum tugas seorang SAHM, tetapi bila kita sendiri yang mengharunginya baru kita faham.

Semalam saya betul-betul terasa kepenatannya.  Saya terpaksa rehatkan diri saya sebentar selepas Zohor.  Dapat lelapkan mata sebentar pun sudah cukup untuk hilangkan rasa penat.

Selama dua hari yang lepas, saya menjadi jururawat kepada kucing jiran yang selalu bertandang ke rumah kami, Hikari (entri lalu: Belaian Jiwa).  Pada hari Isnin lalu Hikari asyik batuk teruk.  Hidungnya pun dah nampak macam ada hingus.  Dia yang selalunya aktif bermain dan mengekor kami, tetapi dua tiga hari lalu dia hanya asyik duduk aje.  Nak jalan pun terhoyong-hayang.  Makan pun tidak mahu.

Pada hari Rabu, saya dan angah nekad untuk membawa dia ke klinik haiwan berhampiran.  Walaupun dia bukan kucing kami, tetapi saya nekad moga usaha saya untuk menyembuhkan dia diberi balasa kebaikan di dunia dan di akhirat oleh Allah.

                                                              Foto: vetstreet.com

Tidak pernah dalam hidup saya membawa kucing ke klinik.  Walaupun saya memang ada memelihara kucing semasa kecil, tetapi di kampung mana ada klinik haiwan.  Kalau kucing sakit pun, tunggu dan lihat ajelah.

Selama dua hari menyuapkan makanan dan ubat  ke mulut Hikari, alhamdulillah petang semalam dia sudah boleh makan sendiri.  Hari ini dia sudah mula mengekori kami ke sana sini.  Syukur.  Terima kasih Allah Maha Penyembuh.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...