Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Semalam saya cuba untuk memasak Kuey Teow Goreng. Si adik sejak sebulan dua ini, sangat suka makan Kuey Teow Goreng. Saya bab masak menu yang ini tidak berapa berjaya. Tiba-tiba selepas hari raya, entah macam mana saya terjumpa resipi kuey teow dari Kak Fauziah Samad(KJee). Memang terliur saya tengok gambar di blog dia. Saya tidak gemar sangat dengan Kuey Teow tetapi kerana dua orang anak lelaki saya memang gemar sangat, jadi saya kena juga buat sampai jadi.
Bahan-bahan semua sudah saya beli, jadi semalam dengan lafaz bismillah saya berjaya menghasilkan Kuey Teow Goreng yang paling sedap pernah saya sediakan. Gambar tidak begitu menggiurkan tetapi rasanya seperti kueh teow yang beli di kedai. (Siapa lagi nak puji kalau tak anak-anak)
Kuew Teow Goreng Ibu
Sumber: KJee
Bahan-bahan:
1 bungkus kecik kuey teow. (yang ini saya beli di pasar tani, tak perasan pula berapa gm, nampak sangat tak pernah masak kuey teow)
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 keping "fish cake" - yang ini saya tambah sendiri, tiada dalam resipi asal.
2 biji telor
1 senduk minyak untuk menumis
kerang rebus - yang ini saya tak letak, malas hendak rebus dan kopek
1 sudu sambal tumis - saya guna sambal nasi lemak yang saya simpan bakinya
4-5 sudu besar kicap manis cap kipas udang - saya agak-agak aje sebenarnya
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla - yang ini saya tak letak
1 sudu kicap masin - saya letak juga gantikan sos ikan.
taugeh - ikut suka nak letak banyak mana
kucai dipotong lebih kurang 2 inci. Saya guna kucai yang saya tanam sendiri, lebih kurang dalam 3 rumpun yang besar.
3 ulas bawang putih
Cara-cara:
1. Sediakan dan bersihkan bahan-bahan dahulu.
2. Mi Kuey teow dibasuh dulu dengan air dan lerai-leraikan.
3. Bawang putih diketuk atau ditumbuk kasar-kasar.
4. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan udang. Goreng sebentar sahaja, lebih kurang 1-2 minit sahaja dan ketepikan dalam kuali
5. Masukkan telur dan biarkan sebentar supaya sedikit garing.
6. Masukkan kuey teow, kicap manis, kicap masin, daun kucai dan kacau rata-rata.
Masa ini, perlu besarkan api dapur.
7. Masukkan taugeh dan "fish cake". Jika gunakan kerang masukkan kerang juga. Kacau lebih kurang dan tutup api.
8. Kuey Teow Goreng Penang sudah sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ini untuk 3 orang dewasa.
Saya goreng dua kali kerana kalau goreng sekali gus risau tidak menjadi pula. Pesan KJee masak tak boleh banyak-banyak sekali gus takut lari rasanya ;)
Memang habis licin. Kebetulan pula kawan si adik ada datang main kat rumah semalam. Habis air oren satu jug budak berdua tu kerjakan. Pedas katanya.
* Pesan KJee lagi, kalau tiada masa hendak hendak buat sambal tumis sendiri, beli aje sambal nasi lemak. Tetapi boleh aje kalau tiada stok langsung , guna aje cili kering mesin tetapi perlu ditumis dulu cili tersebut nanti ada pula yang sakit perut.
Lain kali saya nak cuba guna cili mesin aje.
Wednesday, August 13, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Telefon hai telefon
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Cuaca nyaman dan sejuk setelah 2 hari hujan. Walaupun hujan, kain baju yang dibasuh sempat kering.
Maaf juga kepada pembaca kerana saya sudah lama tidak mengemaskini blog. Hari ini selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan menjemur kain, saya terus ambil bawa biskut jagung, muffin serta kopi buah pelaga ke depan laptop sambil menaip entri ini.
Sejak gajet telefon bimbit saya rosak, rasa macam hilang sokongan kepada tugasan saya. Mengharapkan telefon anak-anak, almaklum mereka pun ada banyak kawan-kawan yang hendak berkomunikasi dengan mereka. Ibu tidak bolehlah hendak menguasai telefon mereka sepanjang masa. Ish apa kena mengena telefon bimbit dengan buat entri di blog. Mmmm. Banyak entri saya di blog, saya kongsikan resipi yang saya sediakan di dapur. Dan telefon itulah yang akan merakam gambar-gamabr masakan saya. Walaupun tidak cantik tetapi cukup untuk si Along mengecam resipi itu apabila dia perlu.
Sebenarnya telefon bimbit saya adalah gajet yang penting buat saya untuk melakukan urusan online saya. Bukan setakat untuk semak "status" facebook tetapi juga untuk urusan pemindahan kewangan pelanggan, untuk pemasaran, untuk saya mengambil gambar (di situ jugalah saya meng'edit" foto) dan macam-macam lagi lah. Walaupun hanya smartphone cikkai aje tetapi sudah banyak jasa telefon itu kepada saya terutamanya sejak saya berhenti kerja dan menjadi WAHM. Saya tidak perlu berada di depan laptop 24 jam. Apabila ada PM dan notification yang masuk melalui telefon bimbit yang memerlukan saya menggunakan laptop barulah saya akan masuk soho. Kalau tidak, saya hanya jawab menggunakan telefon aje.
Pernah juga tumpang telefon si angah. Guna fb messenger dia. Angah balik dari rumah pengasuh mengadu bagi tahu, "Ibu messenger ibu ini asyik berbunyi aje tadi. Hakeem nak off takut ibu tak terima pulak nanti." Hanya senyuman ajelah yang dapat saya berikan sebab saya terlupa untuk keluarkan fb messenger saya dari telefon angah sebelum dia pergi sekolah.
Sudah hampir 3 minggu saya ketiadaan telefon bimbit. En suami ada menawarkan untuk membeli telefon yang murah-murah dahulu. Tetapi saya rasa macam membazir pula. Baiklah simpan duit itu untuk beli telefon yang lebih baik lagi, inshallah. (Dalam visi saya Samsung S4 dan Note 3 silih berganti muncul ;)). Yang penting telefon S2 saya harus kembali ke tangan saya dulu kerana banyak data di dalamnya.
Apa-apa pun, inshaallah nanti saya akan kongsikan resipi Chocolate Muffin yang gebu dan sedap. Sempat buat petang semalam, sambil-sambil masak untuk makan malam sebab semalam Along yang ambil adik-adik.

Tuesday, August 5, 2014
Syawal bermula
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua. Saya beraya agak lama juga di kampung walau sudah tiada sesiapa di sana. Ziarah adik-beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak mengubati rindu pada aarwah emak saya.
Syukur juga, bermula semalam baru dapat ber'online' dengan sempurna. Dugaan telefon bimbit yang rosak kemudian diikuti dengan talian internet unifi yang sangat mengecewakan di akhir Ramadhan. Namun, saya bersyukur kerana Allah sebaik-baik perancang.
Hari ini sudah 9 Syawal hari ini. Anak-anak sudah mula ke sekolah semalam. Tinggal ibu bersama si Hikari dan Along di rumah. Seperti tahun-tahun yang lepas berazam untuk qadha puasa lebih awal dari sewaktu bekerja dulu. Mudah-mudahn Allah memudahkan urusan ibadat kami.
Hari ini cadangnya hendak masak bubur lambuk Pahang, walaupun bahan-bahan tidak cukup. Guna apa yang ada aje.

Tuesday, July 22, 2014
Ujian fasa terakhir Ramadhan
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Dari minggu lepas, telefon bimbit saya masuk wad. Terpaksa menumpang ihsan anak-anak untuk berhubung dengan kawan-kawan. Minggu ini pula sudah 2 hari unifi buat hal. Tenggelam timbul talian unifi.
Refleksi sebentar, apa ya yang Allah nak ajar saya kali ini.
Sabtu lepas sudah masuk ke fasa terakhir Ramadhan. Allah tarik keselesaan menggunakan telefon bimbit agar saya persiapkan diri untuk bertemu dengan malam terakhir seperti mana yang saya inginkan.
Engkau kata mahu membaca Quran lebih dari tahun-tahun yang sudah.
Engkau kata mahu berzikir dan bermunjat kepada Allah lebih dari tahun-tahun yang sebelum ini.
Mana mungkin dengan telefon yang sentiasa berbunyi dengan whatsapp dan PM, engkau mampu memberi tumpuan kepada AKU.
Ya Allah. Mohon keampuan dari MU atas kealpaanku selama ini.
HambaMu ini sentiasa terlupa Engkau yang memberi rezeki.
Walau di bibir dan fikiran sentiasa mengatakan Engkau Maha Pemberi tetapi di hati tidak sentiasa sedar akan kehadiranMU selama ini.
Terima kasih Allah di atas pelajaran dan peringatan ini.
Syukur di atas peluang yang diberikan.

Friday, July 18, 2014
Takziah buat keluarga penumpang dan kru MH17
Teks: Aishah Hussein
Malam tadi kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Kita masih lagi terkejut dengan berita MH370, tiba-tiba en suami memberitahu kepada saya yang MH17 ditembak jatuh.
Allahuakbar. Sangat terkejut dengan wassap yang diterima malam tadi. Seolah-olah berita palsu yang kami terima, kami terus menunggu berita tengah malam di TV3.
Ya Allah. Ujian demi ujian Engkau berikan kepada kami. Moga ujian ini lebih mendekatkan rakyat Malaysia denganMU.
Al fatihah buat semua penumpang pesawat MH17 yang terkorban. Dan takziah buat semua keluarga yang terlibat.

Wednesday, July 16, 2014
Capaikah KPI Ramadhan
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Bulan Ramadhan bulan mulia, penuh barakah.
Bulan puasa banyak kejutan di wall facebook. Seboleh-bolehnya usah berkongsi saham negatif dengan menyebarkan berita-berita yang tidak elok.
Kita sendiri belum tahu apa refleksi kita apabila kejadian itu berlaku pada diri kita sendiri.
Moga Allah melindungi keaiban kita walau kita banyak melakukan dosa di dalam hidup kita.
Hari ini cadangnya hendak masak daging rendang tanpa kerisik. Permintaan si adik kalau boleh setiap hari suruh buat sambal bilis kentang. Makan sahur pun tambah dua kali. Kalau hari lain mata pejam aje sambil makan. Ataupun ibu suapkan ke mulut.
Seronoknya jadi anak-anak kecil. Lepas berbuka, rehat kemudian solat maghrib. Sebelum pergi ke surau dengan rakan-rakan, dimestikan bertaddarus dulu. Satu mukasurat pun sudah cukup. Lepas terawih pukul 11 baru dia sampai rumah. Seronok tidak terhingga bulan Ramadhan. Bukan senang hendak dapat lampu hijau main sampai malam.
Bagi kita yang sudah berusia ini, cuba sebaik yang mungkin mencapai KPI. Moga ktia sama-sama mencapai kemenangan.

Friday, July 11, 2014
Kuat spiritual di bulan Ramadhan
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah. Walau secara logik akal, kita sepatutnya rasa penat kerana tidak makan dan minum tetapi rata-rata ramai yang lebih kuat di bulan Ramadhan.
Cuba kita fikirkan. Suri-suri ada yang bangkit seawal pukul 3 pagi untuk Qiam kemudian menyediakan hidangan sahur buat keluarga. Ada juga umat Islam yang lain bangun seawal itu untuk buat persediaaan awal bagi bisnes mereka. Di siang hari pula, sibuk dengan urusan dan tugasan lain. Jika diikutkan logik, mahu kepenatan bila tiba malam tetapi kita masih mampu lagi untuk mengerjakan solat Terawih dan witir. Kata ustaz yang memberi tazkirah tempoh hari, kalau bulan biasa tazkirah sampai pukul 9 malam, semua sudah gelisah tetapi kalau bulan Ramadhan solat Terawih dan tazkirah semua selesai sehingga pukul 11 malam pun kita masih rileks.
Apabila kita sudah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut, hati kita akan redha dan tenang, walau mata sudah mengantuk sebenarnya :)
Begitu juga dengan penduduk di Gaza. Walau pada pandangan Yahudi, umat Islam di sana lemah pada bulan Ramadhan tetapi hakikatnya mereka lebih kuat spiritual.
Marilah sama-sama kita berdoa agar penduduk Gaza selamat dari kekejaman kaum Yahudi.

Thursday, July 10, 2014
30 idea/menu berbuka Ramadhan 2014
Teks: Aishah Hussein
Sepanjang saya berblog dan masukkan resipi, ada beberapa resipi yang sesuai untuk dihidangkan sebagai menu untuk berbuka puasa atau bersahur. Di sini saya letakkan antara idea/menu untuk berbuka puasa. Ada yang saya sudah upload ke dalam blog ada juga yang saya tidak sempat untuk mengambil gambar dan memasukkan resipi. Rakan-rakan boleh klik pada link yang saya berikan untuk cuba resipi yang saya kongsikan.
1. Nasi Arab - yang ini paling senang gunakan pek Nasi Arab, ada Mandhi, Kabshah dan Maqluba. Cara masak semuanya ada pada kotak. Kalau tidak tahu nak beli mana, boleh oder secara online di sini
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
2. Nasi Putih + Kari Ayam + Sayur Campur Goreng
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-10.html
3. Nasi Putih + Ayam Bakar Susu
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html
4. Nasi Putih + Ikan Goreng Sumbat + Sambal Bilis Tempoyak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2014/02/sambal-bilis-tempoyak.html
5. Nasi Ayam Bakar
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/06/nasi-ayam-bakar.html
6. Nasi Putih + Ayam Masak Halia + Kerabu Timun
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-60.html
7. Nasi Briyani + Ayam Masak Merah
8. Nasi Putih + Tomyam Putih + Sambal Belacan + Ulam
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-30.html
9. Nasi Putih + Sup Tulang + Sambal Kicap
10. Nasi Putih + Kuah Singgang + Ikan Goreng + Sambal Tempoyak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/resipi-kuah-ikan-singgang.html
11. Nasi Putih + Paprik + Ayam Goreng Kunyit
12. Nasi Putih + Ayam Sos Tiram
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/05/ayam-masak-sos-tiram.html
13. Nasi Putih + Gulai Ikan Masin Nenas + Ikan Goreng
14. Nasi Putih + Ikan Bakar + Kerabu Timun

15. Nasi Putih + Stew Daging
16. Nasi Putih + Daging Rendang Basah
17. Nasi Putih + Ayam Bakar + Salad
18. Nasi Putih + Sup Ikan Merah + Sambal Mangga dan Ulam
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/sup-ikan-merah.html
19. Nasi Minyak + Gulai Daging + Kerabu Kobis
20. Nasi Putih+ Ikan Goreng Bersambal + Masak Lemak Putih Taugeh
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-50.html
21. Nasi Putih + Tauhu Jepun Sos Tiram + Ikan Bakar bersama sambal Kicap
22. Nasi Putih + Ayam Goreng Berempah + Pucuk Ubi Masak Lemak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/ayam-goreng-berempah.html
23. Nasi Putih + Paru Goreng Berjintan + Gulai Ikan Kerisi
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/10/paru-goreng-berjintan.html
24. Nasi Putih + Kurma Telur + Ikan Masak Cili + Sambal Belacan
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/masak-kurma-telur.html
25. Nasi Putih + Sotong Goreng Kunyit + Bayam Masak Air + Sambal Belacan
26. Nasi Putih + Asam Pedas Ikan Kerisi + Ikan Kerisi Sumbat Belakang

27. Nasi Putih + Ayam Bakar Lemon + Salad Campur + Sambal
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-20_12.html
28. Bubur Lambuk Mee
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/bubur-lambuk-mee.html
29. Laksa Pahang Kuah Putih
30. Nasi + Sambal Petai Udang + Ikan Kicap

20. Nasi Putih

Subscribe to:
Posts (Atom)